Kesilapan Terbesar Negeri Sembilan ?
- Liga Super, Luar Negara
- Mar 8, 2018
- No comment
Bekas penyerang Negeri Sembilan, Andrew Nabbout sah menyertai kelab gergasi Jepun, Urawa Reds Diamond setelah beraksi selama satu setengah musim bersama Newcastle Jets dalam saingan Liga Australia. Ini nyata mengejutkan peminat bola sepak Malaysia memandangkan Andrew Nabbout digugurkan ketika separuh masa kedua musim 2016. Adakah ini kesilapan terbesar yang pernah dilakukan oleh Negeri Sembilan ?
Pengguguran Nabbout ketika itu mengejutkan peminat bola sepak Malaysia khususnya peminat pasukan Negeri Sembilan. Ketika saingan Liga Perdana musim 2016, Negeri Sembilan menjadi antara pencabar kejuaraan pada separuh masa pertama musim 2016. Akan tetapi, entah hantu apa yang merasuk pengurusan Negeri Sembilan ketika itu apabila mereka secara tiba-tiba menggantikan Andrew Nabbout dan Joel Chianese dengan Goran Jerkovic dan Henrique Andrade. Sejak daripada pergantian kedua-dua pemain ini, prestasi Negeri Sembilan terus merosot sekaligus terlepas peluang untuk mara ke saingan Liga Super 2017. Mereka menamatkan saingan Liga Perdana musim 2016 di tangga ke-4, beza 15 mata di belakang juara ketika itu, Melaka United.
Jika kita melihat jumlah jaringan yang dimiliki oleh Andrew Nabbout dan Joel Chianese sebelum mereka digugurkan, Nabbout berjaya menjaringkan 8 gol dalam Liga manakala Chianese berjaya menjaringkan 7 gol. Statistik yang dimiliki oleh kedua-dua pemain ini membuatkan peminat menganggap tindakan yang diambil oleh pengurusan pasukan Negeri Sembilan mengambil tindakan yang tidak masuk di akal.
Andrew Nabbout juga berkongsi pengalaman pahit beliau semasa bermain di Liga Malaysia. Ini adalah sedikit cuplikan daripada temu bual Nabbout dengan media Australia, Playersvoice.com
Sekarang, Andrew Nabbout akan menyertai barisan bintang seperti Yuki Abe dan Zlatan Ljubijankic dalam pasukan Urawa Reds Diamond. Selain itu, nama Andrew Nabbout juga tersenarai dalam barisan skuad kebangsaan Australia bagi menghadapi temasya Piala Dunia. Menakjubkan bagaimana perjalanan seorang pemain yang dibuang oleh pasukan divisyen dua Malaysia dulu, membina karier di kampung halaman dan kemudiannya menyertai antara pasukan terbesar dalam bola sepak Asia. Perjalanan beliau boleh dijadikan inspirasi kepada pemain lain.
Apa pendapat anda mengenai Andrew Nabbout yang menyertai Urawa Reds Diamond ? Adakah ini kesilapan terbesar yang pernah dilakukan oleh Skuad Jang ?
Baca Juga: Mampukah Azraai Menyelamatkan Negeri Sembilan ?