Ketepikan Ego Anda Wahai Fajr Ibrahim!

Nampaknya peminat pasukan Kelantan sudah mula bersuara mengenai prestasi hambar pasukan dalam dua perlawanan Liga Super setakat ini. Mana tidaknya, mereka tewas dalam dua perlawanan tersebut dan masih lagi kekal di zon penyingkiran. Di sini, penulis berpendapat Fajr Ibrahim perlu mengetepikan ego beliau.

Mengapa penulis berpendapat segeitu ? Kerana ketika ini ada pemain yang boleh membantu pasukan untuk keluar daripada zon penyingkiran. Pemain seperti Do Donng-hyun, Morgaro Gomis dan Farisah Ismail dilihat boleh membantu pasukan ketika ini.

Ketiga-tiga pemain ini tiada dalam perancangan Fajr. Namun, mereka masih lagi kekal bersama pasukan kerana ketika ini tiada pasukan yang mahu mengambil khidmat mereka. Penulis merasakan jika belum ada pasukan yang datang menawarkan kontrak kepada tiga pemain ini, maka Fajr boleh menurunkan mereka dalam kesebelasan utama.

Tidak dinafikan pendekatan Fajr yang menggunakan pemain muda dalam kesebelasan utama pasukan adalah satu pendekatan yang baik. Namun, masih ada bahagian yang perlu diperbaiki dan memerlukan pemain senior untuk bermain di posisi tersebut.

Dong-hyun boleh diletakkan di bahagian serangan. Kemampuan Dong untuk bermain di posisi sayap dan juga posisi nombor 10 akan memberi impak yang besar buat pasukan. Morgaro Gomis pula boleh diletakkan di bahagian tengah bagi melindungi Nik Azli dan Nik Akif Syahiran.

Manakala Farisham Ismail pula boleh diletakkan di bahagian pertahanan. Penulis berpendapat dengan adanya ketiga-tiga pemain ini dalam kesebelasan utama, ianya boleh memberikan keseimbangan kepada pasukan.

Sudah-sudahlah dengan ego tu. Pasukan ketika ini perlukan kemenangan segera bagi keluar daripada zon penyingkiran. Apa gunanya ada pemain berkualiti dalam pasukan, namun ada perap dan sisihkan mereka.

Kelantan perlu segera mengutip kemenangan jika mereka tidak mahu ketinggalan jauh daripada pasukan di atas mereka. Mereka akan berdepan pasukan Negeri Sembilan esok dan ini adalah peluang keemasan buat Kelantan untuk mengutip tiga mata penuh dan keluar daripada zon penyingkiran.

Jika gagal mengutip tiga mata penuh, maka mereka sudah boleh berkira-kira untuk bermain dalam saingan Liga Perdana musim hadapan.

Baca Juga: Pemain Muda Kelantan Manja, Betulkah ?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *