KFA Tetap Dengan Pendirian

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tetap dengan pendirian mereka dimana mahu membawa isu perpindahan pemain muda, Akhyar Rashid ke pengetahuan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Setiausaha Kehormat KFA Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, meskipun pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berhasrat memanggil Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) untuk mengadakan perbincangan, KFA masih tetap berpegang kepada pendirian mereka.

“Kalau mahu bincang hal berkaitan perkara lain boleh seperti pengurusan dan perjalanan liga musim ini.”

“Tapi untuk membicangkan kes Akhyar kami dah ada ketetapan untuk membawa kes ini ke mahkamah CAS seperti diumumkan sebelum ini.”

“Kami mendapat sokongan ramai pihak termasuk penyokong yang menganggap keputusan rayuan ditolak pihak FAM sebelum ini sebagai tidak adil dan perlu menuntut keadilan.

“KFA bagaimanapun sudah mendapat maklumat berkaitan jemputan perbincangan yang dirancang pihak MFL ini. Cuma kami belum pasti samada perbincangan yang dimaksudkan MFL ini akan berlangsung di Kuala Lumpur atau Alor Setar.” katanya menurut laporan Berita Harian.

Pada masa yang sama, Asmirul turut mempersoalkan mengapa badan pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memanggil merekan sedangkan FAM yang seharusnya berbuat demikian.

“Kami juga hairan kenapa MFL yang panggil berbincang kerana FAM merupakan badan induk dan mereka sepatutnya mengetuai hal perbincangan yang dijemput sedangkan MFL berada di bawah FAM,” tambahnya.

Isu perpindahan Akhyar Rashid ini masih belum menemui titik noktah meskipun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menasihati KFA agar tidak melibatkan CAS dalam permasalahan ini.

Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini mempelawan KFA jika mereka berkeras mahu membawa isu ini ke pengetahuan Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Baca Juga: KFA Lancarkan Tabung Khas Untuk Biayai CAS

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *