Kita Harus Bersikap Lebih Terbuka Dan Matang

Bermacam-macam isu yang terjadi dalam arena Liga Malaysia kebelakangan ini. Isu yang menjad perhatian peminat bola sepak Malaysia adalah tentang beberapa pasukan yang gagal untuk menghantar dokumen yang diperlukan kepada FMLLP. Sekarang ini, peminat masih lagi ternanti-nanti tentang hukuman yang akan dikenakan kepada pasukan tersebut. Tetapi, ada suara yang kedengarannya tidak berpuas hati dengan tindakan yang bakal dikenakan. Mereka mengangap FMLLP dan juga FAM sengaja menganiaya pasukan tersebut. Di sini kami nak tegaskan, kita harus bersikap lebih terbuka dan matang dalam perkara ini. Jangan tuduh membabi buta.

Jika sesebuah pasukan itu melakukan kesalahan, maka mereka wajar untuk dijatuhi hukuman. Dalam konteks Liga Malaysia ni, jika ada pasukan yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh FMLLP dan juga FAM, maka pasukan tersebut akan dikenakan hukuman. Kami yakin di sini FMLLP hanya berlaku adil kepada semua pasukan. Tiada unsur seperti menganiaya ataupun menyusahkan pasukan itu sendiri. Apatah lagi unsur memberi kelebihan kepada pasukan lain. Jika FMLLP tidak mengambil tindakan di atas kesalahan pasukan yang tidak menghantar dokumen yang telah ditetapkan, maka kesalahan ini akan berulang pada masa akan datang. Kita bukan tidak tahu betapa degilnya pasukan Liga Malaysia ni. Sudah tahu salah, masih buat lagi. Jadi dengan dikenakan hukuman, barulah mereka boleh sedar yang mereka tidak boleh melanggar undang-undang pada masa akan datang.

Dunia bola sepak semakin maju saban tahun. Sama juga dengan arena bola sepak Malaysia. Jadi kita haruslah merubah mentaliti dan fikiran kita ke arah yang lebih baik. Jika ada hukuma yang dikenakan, itu bermakna pasukan tersebut telah melakukan kesalahan. Bukan suka-suka hukum. Jika kita mahu melihat Liga Malaysia ini menjadi salah satu Liga terbaik di Asia, kita sebagai penyokong haruslah mempunyai mentaliti dan pemikiran yang positif dan juga matang. Jika kita mampu untuk mengubah fikiran kita kita juag boleh bergerak maju seiring dengan Liga Malaysia yang semakin meningkat naik ini.

Baca Juga: Mentaliti “Kuno”, Bila Kita Nak Maju ?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *