Kita Masih Ada Peluang!

Keputusan seri ketika menentang Jordan pada perlawanan kedua kumpulan C semalam nyata memberi nafas lega baik kepada peminat mahu pun skuad bawah 22 tahun negara. Dengan keputusan seri tersebut, pasukan negara masih mempunyai peluang untuk mara ke pusingan seterusnya! Dengan syarat kita harus menewaskan Arab Saudi, yang semalam hanya mampu seri 0-0 ketika menentang pasukan Iraq.

Pada perlawanan semalam, kita boleh melihat anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee berjaya beraksi dengan cemerlang. Pemain yang sebelumnya beraksi dengan hambar pada perlawanan pertama berjaya memperbaiki gaya permainan mereka. Yang paling ketara adalah Dominic Tan dan Danial Amier Norhisham. Kedua-dua pemain ini beraksi sengan baik pada perlawanan semalam, berbeza dengan apa yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemain ini ketika perlawanan pertama.

Selain itu, prestasi cemerlang Akhyar Rashid dan Safawi Rasid juga memainkan peranan besar pada perlawanan menengang Jordan. Gandingan kedua-dua pemain ini nyata memberi mimpi ngeri kepada barisan pertahanan Jordan. Kami berharap Datuk Ong Kim Swee mengekalkan gandingan Akhyar dan Safawi pada perlawanan menentang Iraq nanti.

Jika melihat kepada persembahan ketika perlawanan menentang Jordan, kami yakin pasukan negara boleh menewaskan Arab Saudi dan seterusnya mara ke peringkat seterusnya. Kegagalan Arab Saudi menewaskan Iraq semalam nyata memberi kelebihan kepada kita. Kami juga yakin anak-anak buah OKS mampu untuk mengutip kemenangan pada 16 Januari nanti.

Apa pendapat anda ? Adakah pasukan negara mampu untuk menewaskan Arab Saudi dan sekaligus melangkah ke peringkat suku akhir ? Kongsikan pandangan anda bersama kami.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *