Lagu Piala Dunia, Yang Mana Idaman Kalbu ?

Piala Dunia sudah semakin dekat jadi sudah sangat sinonim yang lagu-lagu untuk mempromosikan pertandingan unggul ini akan berkumandang di corong radio stesen tanahair, Youtube, Spotify, warung-warung berdekatan dengan anda. Ini adalah satu fenomena yang acap kali kelihatan apabila musim bola ini tiba. Sebelum ini kita telah list-downkan 10 lagu Piala Dunia yang sangat memorable. Kali ini kita ingin mengupas tentang lagu-lagu Piala Dunia 2018.

Piala Dunia tahun ini akan berlangsung di Russia lebih tepatnya 96 hari lagi dari sekarang. Pasti anda ingin “equipped” diri anda dengan lagu Piala Dunia yang baru. Lagu rasmi Piala Dunia 2018 bertajuk Equipo 2018 oleh Polina Gagarina dan Egor Creed. Lagu ini telah mendapat 7 juta views di Youtube, dan 113ribu likes! Hebat! Apa pun kami tak berapa nak paham lirik dia, tapi kami rasa intipati lagu bola ni semua lebih kurang sahaja. Semangat kesukanan? Bangun bersama? Selalunya tema lagu tak jauh lari dia.

Sumber Video: Alvaro y MM

Coca-cola Celebration Mix juga telah mengeluarkan snippet lagu baharu Jason Derulo yang bertajuk Colors. Coca-cola sangat lazim akan berkolaborasi bersama penyanyi untuk lebih menyemarakkan lagi demam Piala Dunia anda. Masih ingat kempen bola mereka yang dahulu? “Makan Bola, Tido Bola, Minum Coca-Cola” ? Hebat bukan nama kempen mereka?

Sumber Video: K3RBE

Ia bukanlah lagu Piala Dunia jika tiada Shakira di dalam senarai lagu Piala Dunia. Muzik video rasminya masih belum keluar lagi, tapi kali ini kami rasa lagu ini kurang mengancam sedikit.
Semangat membara-bara tak berapa nak keluar lepas kami dengar lagu ini. Mungkin sebab dia tak serancak lagu-lagu Shakira yang lain? Atau sebab kami rasa lagu ini macam lebih sesuai untuk rave party? Oops. Apa-apa pun mungkin, lebih baik jika anda sendiri yang mendengar dan memberikan pandangan anda bersama kami.

Sumber Video: VEVO

Kami rasa konsep samba itu macam lebih ngam dengan bola sepak. Kalau nak dibandingkan dengan lagu-lagu bola sepak Malaysia rasanya konsep tradisional lebih menarik macam lagu M.Nasir – Mentera Semerah Padi. Tak sabar rasanya nak menonton Piala Dunia 2018, adakah Jerman mampu mengekalkan takhta atau ada underdog yang akan menjadi pilihan anda? Sama-sama kita nantikannya, tinggal 96 hari sahaja lagi!

Baca Juga: Jom Jalan-Jalan Rusia

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *