Layak Ke Kiko Insa Main JDT ?

Setelah menamatkan kontrak beliau bersama Bangkok Glass, kelibat Kiko Insa dilihat berlatih bersama pasukan Johor Darul Ta’zim semalam. Kelihatan juga bakal pemain baru JDT, Harry Novillo sudah mula berlatih bersama pasukan. Satu je penulis nak tanya. Layak ke Kiko ni main untuk JDT ?

Kita sedia maklum dengan perancangan JDT yang mahu melakukan rombakan besar-besaran pada jendela perpindahan kedua yang akan dibuka tidak lama lagi. Mereka akan membawa masuk pemain bagi menggantikan pemain sedia ada dan memperkuatkan semua bahagian dalam pasukan.

Namun, penulis mengharapkan pemain yang akan ditandatangani oleh JDT nanti ialah pemain yang berkaliber dan mempunyai keupayaan yang lebih baik berbanding pemain sedia ada. Bukannya pemain seperti Kiko ni.

Di sini, penulis bukan mahu mempersoalkan kemampuan yang dimiliki oleh Kiko. Akan tetapi, kalau kita lihat track record Kiko bersama pasukan Pahang sebelum ini, tidak banyak yang boleh dibanggakan daripada adik kepada Natxo Insa ini. Corak permainan yang dimiliki oleh Kiko hanyalah berkisarkan terjahan dan juga tindakan melulu di tengah padang.

Kita boleh gunakan insiden kad merah ketika perlawanan akhir Piala FA tahun lalu dan insiden dimana Kiko melakukan terjahan keras ke atas Safee Sali. Dua insiden ini sudah cukup membuktikan bahawa Kiko ini adalah jenis pemain yang panas baran dan sukar untuk mengawal emosi.

Jika benar JDT mahu mengambill khidmat Kiko, penulis melihat mereka mengambil risiko yang agak besar di sini. JDT ketika ini perlukan seorang pemain pertahanan yang mampu untuk mengawal barisan pertahanan dan juga menjadi General di belakang.

Walau apa pun, kita harus menunggu sehingga jendela perpindahan dibuka pada pertengahan Mei nanti. Jika JDT mahukan khidmat Kiko Insa, maka banyak yang perlu diperbaiki oleh Kiko bagi mengelakkan insiden seperti musim lepas berulang.

Penulis sendiri merasakan Kiko Insa tidak layak bermain untuk JDT dan mereka perlu mencari pemain pertahanan lain yang lebih berkaliber dan mampu untuk meningkatkan tahap pasukan.

Baca Juga: Dari Radzak Brothers Ke Insa Brothers

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *