Leandro Velazquez Kembali Perkuat Johor Darul Ta’zim
- Liga Super
- Feb 22, 2019
- No comment
Wira Johor Darul Ta’zim ketika memenangi Piala AFC 2015, Leandro Velazquez kembali memperkuat pasukan itu dan menggantikan Aaron Niguez yang dilepaskan oleh pasukan.
Ketibaan pemain berusia 29 tahun ini diumumkan oleh JDT menerusi media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers pada semalam.
Johor Darul Ta’zim FC (JDT) are delighted to announce the return of Argentine attacker Leandro Velazquez.
[1/4] pic.twitter.com/NgmXX1tFVy
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 21, 2019
Sepanjang beraksi bersama JDT pada musim 2015, Leandro berjaya menjaringkan 16 gol dalam 29 perlawanan. Pada mulanya, Leandro diletakkan di Johor Darul Ta’zim II dan beraksi dalam saingan Liga Perdana. Namun, pada pertengahan musim beliau dinaikkan pangkat dan beraksi bersama pasukan utama.
Detik paling diingati ialah Leandro menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan akhir Piala AFC 2015 dimana JDT berjaya menewaskan FC Istiklol. Gol tunggal Leandro sekaligus meletakkan JDT dalam lipatan sejarah sebagai kelab dari rantau Asia Tenggara yang memenangi kejuaraan tersebut.
Pengguguran Aaron Niguez nyata mengejutkan ramai pihak dimana abang kepada pemain Atletico Madrid, Saul Niguez ini menampilkan aksi terbaik dalam tiga perlawanan Liga Super setakat ini. Malah, Aaron juga berjaya membantu JDT memenangi Piala Sumbangsih 2019 dengan menewaskan pasukan Perak.
I would like to thank Aaron Niguez for being part of the Johor Darul Ta’zim FC (JDT) squad that successfully lifted the 2019 Charity Cup.
[1/3] pic.twitter.com/6PO765vmSt
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 21, 2019
Menurut pengurus pasukan JDT, Luciano Figueroa, beliau menyatakan pasukannya perlu membuat pertukaran taktikal bagi mengukuhkan lagi pasukan khususnya di bahagian serangan menjelang saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019.
Perubahan ini terpaksa dilakukan setelah mengawasi prestasi Aaron dalam beberapa perlawanan kompetitif dan juga ketika sesi latihan pasukan. JDT kemudiannya mengucapkan terima kasih di atas sumbangan Aaron dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.
Hence, the club and I would like to wish Aaron the best of luck for his career in the future. Thank you for your contribution.
Luciano Figueroa, Johor Darul Ta’zim FC Manager
[3/3]
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 21, 2019
Dengan kehadiran Leandro Velazquez, berkemungkinan besar beliau bakal digantikan dengan penyerang import dari Brazil, Diogo Luis Santo di bahagian serangan pasukan.
Baca Juga: Safiq Tetap Hormat Bekas Pasukannya