Lembaga Pengarah Chelsea Mengecewakan Antonio Conte

Antonio Conte ternyata semakin tertekan dengan polisi perpindahan kelab yang diuruskan beliau setelah membuat komen panas setelah pasukannya tewas 1-2 kepada Arsenal dalam perlawanan separuh akhir Piala Carabao. Conte mendakwa beliau tidak membuat sebarang keputusan dalam urusan perpindahan bagi kelab Chelsea.

Bahang yang menunjukkan jodoh Antonio Conte bersama Chelsea hanya akan bertahan hingga penghujung musim ini semakin kelihatan dengan pergeseran beliau dan juga lembaga pengarah kelab Chelsea. Conte juga tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa beliau berkenaan polisi perpindahan The Blues yang mengongkong kehendak beliau.

Conte turut mengakui, saiz skuad beliau semakin kecil selepas Willian menjadi pemain terbaru yang mengalami kecederaan dalam perlawanan separuh akhir Piala Carabao, semalam yang menyaksikan Chelsea kempunan untuk ke perlawanan akhir.

Chelsea tidak menandatangani beberapa pemain yang menjadi target Antonio Conte ketika jendela perpindahan musim panas yang lalu malah setakat ini, hanya Ross Barkley menjadi pemain yang ditandatangani Chelsea, yang membuat debutnya menggantikan Willian ketika perlawanan di Emirates, awal bulan ini.

“Saya rasa, kelab yang membuat keputusan dalam pasaran perpindahan, bukan saya. Sebagaimana yang saya cakapkan, tugas saya untuk membuat penambahbaikan dalam pasukan. Namun sejak musim panas yang lalu, hanya kelab saja yang membuat keputusan bagi setiap pemain yang ingin dibawa masuk,” kata Conte.

Conte ditanya jika kekalahan dalam Piala Carabao dan kecederaan Willian mungkin boleh membuatkan kelab mendapatkan pemain baru, beliau menjawab: “Saya rasa tidak betul untuk membuat keputusan disebabkan hanya satu perlawanan,”

“Saya telah merancang segalanya. Ia salah jika kelab mengambil keputusan hanya disebabkan satu perlawanan. Situasi ini adalah sama sejak musim panas yang lepas tetapi saya tetap bekerja dengan pemain yang saya ada. Tugas saya adalah buat yang terbaik untuk kelab. Kelab akan membuat keputusan yang terbaik untuk pasukan.

“Situasi sentiasa berbeza. Kadangkala saya ada impak dalam jendela perpindahan, kadangkala saya tiada impak langsung. Namun sudah tentu saya jarang memberi impak yang besar kerana kerja saya adalah sebagai jurulatih adalah untuk memperbaiki pemain,”

Conte juga percaya tugasnya semakin sukar: “Dalam pertandingan ini (Piala Carabao), kita memainkan pemain muda dan saya harus memainkan pemain muda juga dalam Piala FA dan anda pasti tahu apa risikonya. Menentang Norwich, kita telah lihat risiko besar. Saya tentu adalah orang gila untuk letakkan 11 pemain yang sama dalam semua pertandingan dan dah tentu akan ada pemain yang cedera teruk. Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah sangat penting. Akan datang, perlawanan Piala FA yang sangat penting,”

“Memikirkan mengenai perkara ini, saya tidak boleh tidur dan anda nampak saya seperti seseorang yang tidak tidur,” Conte menambah lagi komen selepas perlawanan yang menyaksikan Chelsea tumbang dan Arsenal akan menjadi pasukan yang bertemu Manchester City dalam perlawanan akhir Piala Carabao.

(Nota: Artikel ini ditulis oleh Sofwan Zulkepli dari Liga Perdana Inggeris Malaysia).

Jangan lupa ikuti kami juga di

Instagram : @lpi_my
Twitter : @LPI_MY

#LPIMY

Baca Juga: Hebat Sangat Ke Alexis Sanchez Ini?

Sumber: The Telegraph

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *