Lesen Masih Menjadi Masalah

Perlesenan kelab masih lagi menjadi masalah bagi sesetengah pasukan dalam Liga Malaysia. Semalam, Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menyatakan bahawa Sarawak mungkin tidak akan bertanding dalam Liga Malaysia musim hadapan. Beliau menyatakan bahawa Sarawak tidak dapat memenuhi syarat utama iaitu mendapatkan lesen kerana masih lagi terbeban hutang. Hal ini membangkitkan persoalan. Adakah kelab kurang kesedaran mengenai perlesenan kelab yang telah ditetapkan oleh FMLLP ?

16 Oktober merupakan tarikh terakhir untuk semua pasukan menyerahkan dokumen berkenaan perlesenan kelab. Akan tetapi, beberapa pasukan nampaknya masih lagi gagal untuk memenuhi syarat yang diletakkan oleh FMLLP. Gagal mendapat lesen, maka pasukan anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Malaysia.

Seharusnya pasukan dalam Liga Malaysia harus lebih sedar dari awal mengenai perlesenan kelab. Pada awal musim, FMLLP sudah menetapkan peraturan bahawa setiap pasukan mestilah mempunyai lesen bagi mengambil bahagian dalam Liga Malaysia. Jika kita mahu menuju ke arah prefesional, hal seperti ini haruslah diambil dengan penuh perhatian. Sampai bila kita mahu mempunyai sikap sambil lewa ?

Selain menjadi syarat utama bagi sesebuah pasukan tersebut boleh bertanding dalam Liga Malaysia, perlesenan kelab juga penting kerana ia menunjukkan bahawa kelab bola sepak mampu untuk diuruskan dengan baik dan sekaligus dapat menarik penaja bagi menaja sesebuah pasukan tersebut.

Kami di Inikan Bola berharap semua pasukan dapat menyelesaikan perlesenan kelab masing-masing dan mari kita sama-sama menjadikan Liga Malaysia ini kembali hebat semula!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *