M.Kavishkumar Tamatkan Kontrak Bersama Tokai FC
- Luar Negara
- Nov 1, 2018
- No comment
Pemain Malaysia, M.Kavishkumar yang menyertai kelab Divisyen 5 J.League, Tokai FC memutuskan untuk menamatkan kontrak beliau bersama pasukan tersebut setelah Tokai gagal untuk memenuhi beberapa perkara.
M. Kavishkumar has terminated his contract with Tokai FC. pic.twitter.com/EN8LrkROIc
— Harimau Abroad 🇲🇾 (@harimau_abroad) October 31, 2018
Menurut Kaviskumar, Tokai FC gagal untuk membayar gaji semasa beraksi bersama kelab tersebut. Selain itu, kegagalan Tokai untuk mendapatkan permit kerja bagi Kavish dan juga tidak menyediakan tempat tinggal yang sepatutnya menjadi salah satu sebab mengapa Kavish mengambil tindakan untuk menamatkan kontrak beliau.
Kavishkumar sebelum ini mengejutkan peminat bola sepak tanah air apabila beliau berjaya mengikat kontrak bersama Tokai FC, satu pasukan yang berpangkalan di di Nagoya, Jepun.
M.Kavishkumar merupakan bekas pelajar Victoria Insitution (VI) dan beliau telah menandatangani kontrak untuk beraksi bersama Tokai FC dalam ‘Aichi Football League’ di Nagoya, Jepun mulai musim 2018 selama 1 musim.
Anda boleh lihat maklumat mengenai Tokai FC di sini.
Setelah menyertai Tokai, perkembangan Kumar sepanjang beraksi di Jepun jarang didengari oleh peminat di tanah air. Kurangnya maklumat membuatkan peminat menganggap Kumar berada dalam keadaan baik memandangkan persekitaran bola sepak negara Jepun yang berada jauh lebih maju berbanding Malaysia.
Namun perkara sebaliknya berlaku. Kumar tidak mendapat layanan yang sebaiknya dan beliau juga tidak menerima gaji. Satu perkara yang mengejutkan memandangkan bola sepak Jepun sebelum ini terkenal dengan fasiliti terbaik mereka.
Setelah menamatkan kontrak bersama Tokai, Kumar kemudiannya mengambil tindakan undang-undang terhadap kelab tersebut dan berharap tiada lagi pemain yang menerima nasib seperti beliau. Kumar turut mengucapkan terima kasih kepada barisan kejurulatihan dan juga presiden kelab kerana telah memberikan peluang untuk beliau beraksi bersama Tokai FC.
Baca Juga: FAM Lancarkan Peta Hala Tuju Baru