Malaysia Vs Jordan: Kali Ini Lebih Mantap!
- Harimau Malaya
- Jan 13, 2018
- No comment
Skuad bawah 22 tahun negara berjaya mengikat pasukan Jordan dalam perlawanan kedua kumpulan C dengan keputusan 1-1 sebentar tadi. Kita boleh melihat anak-anak buah Datuk Ong Kim Wee memberikan cabaran yang sengit kepada pasukan Jordan. Dan menurut kami, ini adalah permainan terbaik skuad bawah 22 tahun negara yang pernah kami saksikan.
Pasukan Jordan terlebih dulu membuka tirai jaringan melalui Ward Ar Barri pada minit ke-16. Setelah ketinggalan, para pemain negara giat melancarkan serangan ke kubu Jordan. Dan usaha tersebut membuahkan hasil apabila Akhyar Rashid dikasari di dalam kotak penalti oleh pemain pertahanan Jordan dan Malaysia mendapat sepakan penalti. Safawi Rasid tenang untuk menyempurnakan sepakan tersebut dan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-1.
Bersambung babak kedua, pemain negara semakin rancak merencana serangan. Larian deras Akhyar berjaya memperdaya pertahanan Jordan dan penjaga gol mereka namun sepakan Akhyar terkena tiang gol! Percubaan susulan Syazwan Andik pula tidak tepat sasaran. Rentak serangan ini tidak terhenti disini. Matthew Davies membuat percubaan dari arah kanan dan percubaan tersebut juga terkena tiang gol. Sayang seribu kali sayang oii!
Pemain yang beraksi hambar ketika perlawanan pertama tempoh hari juga berjaya memperbaiki prestasi mereka dengan beraksi cemerlang. Yang paling ketara adalah Dominic Tan dan Danial Amier. Dominic dilihat lebih tenang dan berjaya membuat beberapa “tackle” dan juga “clearance” yang penting. Danial pula dilihat mampu untuk membuat hantaran yang berkualiti, termasuk lorongan kepada Akhyar untuk pemain Kedah ini mendapatkan sepakan penalti. Tak lupa juga penjaga gol, Haziq Nadzli yang beraksi cemerlang.
Berikut adalah statistik perlawana sebentar tadi:
Sumber Gambar: AFC
Berikut adalah rating pemain yang beraksi pada perlawanan sebentar tadi:
Haziq Nadzli: 7/10
Dominic Tan: 7/10
Irfan Zakaria: 7/10
Adam Nor Azlin: 7/10
Matthew Davies: 7.5/10
Nor Azam Azih: 6/10
Danial Amier: 7/10
Syazwan Andik: 6.5/10
Safawi Rasid: 7.5/10
Akhyar Rashid: 7.5/10
Jafri Firdaus: 5.5/10
Pemain gantian:
Syazwan Zaipol Bahri: 5/10
Tommy Mawat Bada: 5/10
Tahniah diucapkan kepada pemain negara kerana telah berjaya memberi saingan kepada Jordan sekaligus mengutip mata pertama temasya Piala Asia Bawah 22 Tahun edisi kali ini. Apa pendapat anda mengenai persembahan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee pada perlawanan tadi ? Kongsikan dengan kami.