Malaysia ? Yes For Sure! – Liridon Krasniqi

Pemain tengah pasukan Kedah, Liridon Krasniqi bersedia sekiranya beliau diberikan kerakyatan Malaysia. Sebelumnya, pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh menerima kerakyatan Malaysia setelah lima tahun menentap di Malaysia.

Liridon berkata demikian ketika diajukan soalan oleh salah seorang peminat di laman “insta story” milik beliau. Peminat bertanya sama ada beliau mahu menerima kerakyatan Malaysia. Dan Liridon menjawab “yess for sure 100%”.


Sumber Gambar: Instagram Liridon Krasniqi

Sebelum ini, nama Liridon menjadi antara nama pemain yang boleh dinaturalisasi selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia untuk melakukan kajian terhadap pengambilan pemain naturalisasi.

Kredibiliti yang dimiliki oleh Liridon dalam saingan Liga Malaysia sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Mula beraksi bersama Kedah pada pertengahan musim 2015, Liridon kemudiannya membantu Kedah memenangi Liga Perdana dan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada musim tersebut.

Musim berikutnya, Liridon membantu Kedah meraih kejuaraan Piala Malaysia dengan menewaskan pasukan Selangor menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir. Musim 2017 merupakan musim terbaik Liridon bersama Kedah.

Liridon membantu Kedah memenangi Piala Sumbangsih dengan menewaskan Johor Darul Ta’zim. Selain Piala Sumbangsih, Kedah berjaya meraih Piala FA dengan menewaskan pasukan Pahang di perlawanan akhir dengan keputusan 3-2.

Koleksi kejuaraan yang dimiliki oleh Liridon sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau sudah masak dengan liku dan cabaran dalam saingan Liga Malaysia.

Kami berpendapat Liridon wajar untuk dipertimbangkan FAM sebagai salah seorang pemain naturalisasi bagi mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa. Pengalaman dan juga kebolehan yang dimiliki oleh Liridon menjadikan beliau satu penambahan yang baik untuk pasukan negara.

Apa pendapat anda mengenai minat yang ditunjukkan oleh Liridon Krasniqi jika beliau diberi kerakyatan Malaysia sekaligus menjadi antara pemain naturalisasi pasukan kebangsaan ? Mampukah pemain dari Kosovo ini membawa impak positif sekaligus meningkatkan mutu an juag kualiti pasukan negara ?

Atau ada pemain lain yang lebih sesuai berbanding Liridon Krasniqi untuk diberikan kerakyatan Malaysia sekaligus mewakili pasukan kebangsaan ?

Baca juga: Kepulangan Mat Don Bakal Kuatkan Helang Merah

Leave a comment

Your email address will not be published.