Masa Depan Pasukan Kelantan Cerah!
- Liga Super
- May 7, 2018
- No comment
Kemenangan pasukan Kelantan ke atas Kuala Lumpur pada sabtu menjadi satu kelegaan buat pasukan bimbingan Fajr Ibrahim. Dan kemenangan tersebut diinspirasikan oleh dua pemain muda iaitu Nik Akif Syahiran dan Nik Azli Nik Alias. Penulis berpendapat pasukan Kelantan mempunyai masa depan yang cerah dengan adanya dua pemain muda ini.
Nik Akif yang berusia 19 tahun dan Nik Azli yang berusia 21 tahun beraksi dengan baik semenjak diberi peluang untuk membarisi kesebelasan utama apabila pemain senior digugurkan dan dilepaskan. Kemuncaknya adalah pada perlawanan menentang Kuala Lumpur dimana kedua-dua pemain ini menjadi perancang utama kepada kemenangan tersebut.
Nik Akif dan Nik Azli membantu Shafiq Shahruddin di bahagian serangan pasukan. Larian pantas dan juga kawalan bola kedua-dua pemain muda ini nyata sukar untuk dihalang oleh barisan pertahanan Kuala Lumpur.
Penulis merasakan tindakan Fajr Ibrahim untuk melepaskan pemain senior dan memberikan peluang kepada pemain muda untuk membarisi kesebelasan utama sudah mula membuahkan hasil. Rata-rata pemain muda ini berjaya menggalas tugas dengan baik serta menunjukkan potensi sebenar yang dimiliki oleh mereka.
Sekarang ini, apa yang diperlukan oleh ubi muda Kelantan ini ialah beraksi secara kerap dalam kesebelasan utama. Tidak dinafikan masih banyak lagi perkara yang perlu penambahbaikan terutama dari segi decision making mereka.
Namun, apabila tampil secara konsisten dalam kesebelasan utama, perkara tersebut boleh diperbaiki dan juga pemain muda ini dapat meningkatkan lagi tahap permainan yang mereka miliki ketika ini.
Di sini penulis mahu menambah. Usaha yang dilakukan oleh pasukan Kelantan ini sepatutnya dijadikan contoh oleh pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia. Kurangkan bergantung kepada tenaga import kerana anak-anak muda kita mampu untuk menggalas tanggungjawab dengan baik. Tak percaya ? Lihat Kelantan dan Selangor.
Hal ini juga untuk memastikan masa depan pasukan dalam saingan Liga Malaysia terjamin dan juga memastikan pasukan kebangsaan kita tidak ketandusan pemain untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
Baca Juga: Ubi Muda Kelantan Memang Menjadi