Masih Ada Harapan Buat Pahang
- Luar Negara, Piala FA
- Jul 8, 2018
- No comment
Masih ada harapan buat pasukan Pahang untuk beraksi dalam peringkat kelayakkan Liga Juara-Juara Asia tahun hadapan kerana penggantungan yang dikenakan ke atas mereka adalah dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan bukan dari AFC menurut Ketua Pengawai Eksekutif Malaysia Football League (MFL), Kevin Ramalinggam.
Pahang tidak dibenarkan memohon lesen lesen AFC selama dua tahun daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas mereka enggan untuk mewakili negara ke saingan Piala AFC musim ini.
Larangan itu membabitkan permohonan tahun depan dan 2019 sekali gus menyaksikan skuad bimbingan Dollah Salleh tidak akan mewakili negara ke ACL bagi musim 2019 dan 2020.
Pada mulanya, slot tersebut dimiliki oleh pasukan Kedah selaku juara Piala FA 2017. Namun, kegagalan Kedah untuk menyiapkan segala dokumen bagi memohon lesen AFC telah menyebabkan mereka tidak dibenarkan untuk beraksi.
Pahang didapati melanggar Artikel 14 Statut FAM kerana ingkar arahan badan induk itu selepas enggan atau gagal mendaftarkan pasukan ke pertandingan AFC musim depan.
Slot tersebut kemudiannya ditawarkan kepada Pahang selaku naib juara Piala FA. Namun, Persatuan Bola Sepak Pahang enggan untuk menerima slot tersebut kerana mahu memberi tumpuan kepada persaingan domestik.
Jika Pahang mahu beraksi di peringkat Asia tahun hadapan, maka mereka harus bergantung kepada budi bicara FAM bagi membenarkan mereka untuk mengambil bahagian dalam temasya paling agung di peringkat kelab di Asia itu.
Apa yang penting, Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) harus memperjuangkan perkara ini bagi mengelakkan usaha pasukan dalam memenangi Piala FA edisi kali ini tidak sia-sia. Para pemain sudah bertungkus-lumus dalam memastikan trofi Piala FA kembali ke bumi Pahang.
Jadi, bermain di saingan kelayakkan Liga Juara-Juara Asia tahun hadapan merupakan satu bonus bagi mereka.
Apa pendapat anda mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Kevin Ramalinggam tentang masih ada harapan buat pasukan Pahang untuk beraksi dalam peringkat kelayakkan Liga Juara-Juara Asia tahun hadapan?
Adakah FAM bakal memberikan kebenaran kepada mereka?
Baca Juga: Slot Ke Asia Masih Lagi Terbuka