Masih Ada Tempat Dalam Skuad Kebangsan Untuk Mereka ?

Ketiadaan dua pemain kacukan, Natxo Insa dan La’Vere Corbin-Ong dalam skuad yang dipanggil oleh Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat baru-baru ini sememangnya menjadi tanda tanya di kalangan peminat. Persoalannya, adakah masih ada tempat buat kedua-dua pemain ini dalam skuad kebangsaan selepas ini ?

Kehadiran Natxo Insa dan Corbin-Ong seolah-olah memberi nafas baru kepada peminat setia Harimau Malaya pada mulanya. Dengan kredibiliti yang dimiliki oleh kedua-dua pemain, peminat menganggap prestasi pasukan negara boleh dipertingkatkan dengan adanya dua pemain ini.

Namun, hanya indah khabar dari rupa. Setakat ini, Natxo hanya beraksi sekali bersama pasukan kebangsaan iaitu pada perlawanan persahabatan menentang Mongolia manakal Corbing-Ong pula masih belum membuat sebarang penampilan.

Corbin pada mulanya dipanggil untuk menyertai pasukan negara bagi persiapan menentang pasukan Fiji pada Julai lalu akan tetapi beliau terpaksa dikeluarkan atas sebab kecederaan. Setelah itu, nama kedua-dua pemain tidak lagi dipanggil oleh ketua jurulatih.

Menurut ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, seramai 26 pemain yang dipanggil baru-baru ini bagi menyertai kem latihan pusat menjelang perlawanan persahabatan menentang Maldives pada 3 November nanti sesuai dan menepati cita rasa beliau.

Jadi, adakah Natxo dan Corbin ini tidak sesuai dengan cita rasa Cheng Hoe ? Atau ada sebab-sebab tersendiri yang tidak memungkinkan kedua-dua pemain ini mendapat tempat dalam skuad kebangsaan ?

Jawapan kepada persoalan tersebut masih lagi belum diketahui sehingga ke hari ini. Walaupun peminat sudah menyuarakan pendapat mereka tentang betapa pentingnya Natxo dan Corbin beraksi bersama skuad kebangsaan, namun perkara tersebut nampaknya tidak diendahkan.

Apa yang pasti, penulis masih lagi menaruh harapan kita dapat menyaksikan kelibat Natxo Insa dan La’Vere Corbin-Ong bersama pasukan kebangsaan pada masaakan datang.

Dengan adanya pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh yang sudah membuat penampilan bersama skuad Harimau Malaya, mutu dan juga kualiti pasukan kebangsaan boleh dipertingkatkan dengan penambahan Natxo dan juga Corbin.

Baca Juga: 4 Pemain Yang Seharusnya Dipanggil Oleh Tan Cheng Hoe

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *