Mat Yo Tinggalkan Pasukan Negara

Penyerang pasukan Pahang, Norshahrul Idlan Talaha terpaksa melupakan dua aksi persabahatan bersama pasukan negara kerana beliau meminta pelepasan kerana mempunyai urusan keluarga yang perlu diselesaikan.

Ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe akur dengan keputusan Mat Yo dan meminta semua pihak untuk menghormati keputusan yang dibuat oleh pemain berusia 32 tahun ini.

“Semua OK cuma Matyo minta pelepasan kerana urusan keluarga, jadi kita hormat keputusannya dan lepaskan dia.

“Memang saya tak boleh bagi alasan, jadi saya kena cari satu formula atau formasi terbaik untuk aksi menentang Taiwan dan Kemboja nanti. Sudah tentu pemain yang diturunkan mampu beri persembahan terbaik,” katanya ketika ditemui Harian Metro pada sesi latihan semalam.

Dengan ketiadaan Mat Yo, Cheng Hoe kini hanya mempunyai empat penyerang sahaja iaitu Akhyar Rashid, Zaquan Adha, Shahrel Fikri Fauzi dan R.Kogileswaran. Akhyar, Zaquan dan Shahrel dilihat menjadi pilihan untuk diturunkan di bahagian serangan jika melihat kepada prestasi semasa dan rekod lampau ketiga-tiga pemain.

Tan Cheng Hoe juga memberikan komen mengenai perkembangan bola sepak Taiwan dan beliau mengakui pasukan tersebut telah menunjukkan satu peningkatan yang ketara.

“Kalau kita lihat perlawanan Taiwan sejak dua, tiga tahun ini nampak mereka bermain dengan baik di laman sendiri, mereka tak kalah lagi, jadi bukan mudah. Saya rasa pemain yang dibawa mampu beri prestasi terbaik dan saya masih lagi cuba mencari kombinasi pemain,” katanya.

Apa yang ppasti, ketiadaan Mat Yo perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain muda seperti Akhyar dan Kogi untuk memikat hati Cheng Hoe dengan menampilkan aksi terbaik pada dua perlawanan menentang Taiwan dan juga Kemboja nanti. Pasukan negara akan terbang ke Taiwan pada esok dan akan membawa 22 pemain sahaja.

Apa pendapat anda mengenai ketiadaan Norshahrul Idlan Talaha pada dua perlawanan persahabatan menentang Taiwan dan Kemboja pada 7 dan 10 September nanti ? Adakah ketiadaan pemain senior ini akan memberikan kesan kepada persembahan pasukan negara khususnya di bahagian serangan ?

Baca Juga: Shahrel Fikri Calon Sesuai Ganti Safawi

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *