Match Fixing Perlawanan Akhir Piala AFF 2010 Dibocorkan
- Luar Negara
- Dec 20, 2018
- No comment
Kejayaan Malaysia melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan AFF Suzuki 2018 mengulangi kejayaan tahun 1996, 2010 dan 2014. Sebagai rekod, Malaysia berjaya menjadi juara pada Piala AFF 2010
dan naib juara pada tiga edisi lainnya. Siapa sangka dalam kejayaan edisi 2010, walaupun dibelasah di perlawanan pembukaan 1-5 oleh Indonesia, kita kembali bangkit mengalahkan mereka 4- 2 secara agregat.
Namun, baru-baru ini di Mata Najwa, program bual bicara di Indonesia, mereka mengungkapkan
bahawa perlawanan di antara Malaysia dan Indonesia pada 26 Disember 2010 di Bukit Jalil telah diatur oleh bookie. Sebelum itu, progam tersebut membincangkan mengenai permasalahan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dalam mengurus organisasi, sama ada liga tempatan atau skuad kebangsaan. Secara tidak langsung, ianya terkait dengan perlawanan akhir Piala AFF 2010.
Dalam program itu, bekas pengurus skuad kebangsaan Indonesia tahun 2010, Andi Darussalam
Tabusalla mengungkapkan bahawa selepas perlawanan di Bukit Jalil, ramai yang melihat bahawa
perlawanan tersebut seperti telah diatur, namun beliau tiada bukti kukuh.
Selain itu, beliau memberikan gambaran bagaimana Malaysia mendapatkan gol pertama, apabila Maman
Abdurrahman gagal mengawal Norshahrul Idlan Talaha (Matyo) untuk memberikan assist kepada
Safee Sali.
Bahkan untuk gol kedua, apabila lontaran Safiq Rahim kepada Matyo berjaya diterjemahkan melalui
hantaran ke kotak penalti yang mengenai belakang Maman, kemudian diterima oleh Ashaari Samsudin
untuk menjaringkan gol. Bukan itu sahaja, kegagalan Maman menjaga Safee Sali untuk menjaringkan
gol ketiga menjadi bukti bahawa pemain tersebut telah ‘dibeli’ oleh bookie.
Oleh itu, ramai berpendapat bahawa watak utama di sebalik bookie ini adalah bekas timbalan
pengerusi PSSI masa itu, Nirwan Bakrie yang dikatakan kaki judi. Nirwan yang mempertaruhkan
Indonesia kalah mensasarkan pemain ternama seperti Markus Haris Maulana (penjaga gol), Firman
Utina (ketua pasukan) dan Maman sendiri.
Nirwan menggunakan rangkaian komputer kepada para pemain di ruang ganti bagi mengelakkan terekam CCTV sekiranya memasuki ruang ganti. Hasilnya, 3 gol dibolosi Indonesia pada separuh masa kedua dan Nirwan menang pertaruhan.
Belum lagi pernyataan jurulatih Indonesia masa itu, Alfred Riedl dengan Bambang Pamungkas (salah
satu pemain edisi 2010). Rield berkata bahawa ada orang PSSI masuk ke ruang ganti, namun Bambang
Pamungkas menidakkan pernyataan itu dalam bual bicara bersama Valentino Simanjuntak (pengulas
sukan Indonesia yang terkenal dengan ulasan bombastik dan menarik) pada 28 April, 2 tahun lepas.
Namun yang jelasnya, Maman Abdurrahman kini menjadi pemain paling dibenci di Indonesia – andai
tuduhan dia menerima rasuah itu benar. Sama ada benar atau tidak, PSSI masih belum bebas dengan
bookie dan rasuah seperti program Mata Najwa bincangkan.
Nota: Artikel tentang juara liga Asean ini ditulis oleh Saudara Ariff Ansaruddin. Beliau merupakan tenaga pengajar di salah sebuah institut pengajian awam (UKM Bangi) dan pernah menuntut di Universitas Indonesia, penyokong Negeri Sembilan FA dan UKM FC.
Baca Juga: Indonesia Terus Kempunan Juarai Piala AFF