Matematik Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018
- Harimau Malaya
- Nov 22, 2018
- No comment
Saingan Piala AFF Suzuki 2018 sudah sampai ke perlawanan terakhir peringkat kumpulan dimana pasukan Thailand menjadi pasukan pertama yang mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir. Kini, nasib pasukan seperti Malaysia, Myanmar, Filipina dan Singapura terletak pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada hujung minggu ini.
Di sini, penulis nak berkongsi dengan anda perkiraan yang sudah penulis siapkan mengenai peluang keempat-empat pasukan di atas untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018.
Kumpulan A
Selepas keputusan seri tanpa jaringan menentang Vietnam, Myanmar kekal sebagai pendahulu kumpulan A disebabkan jumlah jaringan yang lebih banyak. Myanmar layak ke separuh akhir jika menang ke atas Malaysia. Namun hanya kemenangan di Bukit Jalil sahaja mampu mengekalkan Myanmar selaku juara kumpulan A.
Bagi Vietnam pula, keputusan menang atau seri sudah memadai apabila melayan kunjungan Kemboja,
hanya jika Malaysia tidak menang ke atas Myanmar. Jika Vietnam kalah, maka mereka harus berharap
Myanmar mampu mengalahkan Malaysia.
Sebagai negara yang tiada perlawanan pada perlawanan keempat ini, Malaysia sudah pasti mempunyai waktu latihan dan rehat yang lebih panjang berbanding Myanmar. Justeru, hanya kemenangan sahaja mampu melayakkan skuad negara kita tanpa mengira keputusan VietnamKemboja. Jika gagal menang, Malaysia sudah boleh melupakan Piala AFF Suzuki tahun ini. Namun jika Malaysia menang dan Vietnam gagal menang, maka Malaysia layak selaku juara kumpulan A.
Bagi Kemboja dan Laos, kedua-dua negara sudah sah tersingkir. Laos tersingkir selepas kekalahan
1-3 ke atas Myanmar Jumaa lepas. Kemboja pula, walaupun berjaya mengutip mata pertama, namun keputusan seri di antara Vietnam dan Myanmar menutup peluang mereka.
Kumpulan B
Thailand yang berjaya mengikat tuan rumah, Filipina di Stadium Panaad Rabu ini memastikan mereka
masih kekal sebagai pendahulu kumpulan. Jika mereka berjaya mendapat keputusan yang sama atau
lebih baik dari Filipina pada Ahad ini, maka Thailand akan layak ke separuh akhir.
Bagi Filipina yang akan berkunjung ke Indonesia, keputusan seri sudah memadai bagi mereka walau
apapun keputusan Thailand-Singapura. Namun jika Filipina berhasrat menjadi juara kumpulan untuk
kali pertama, mereka harus mendapat keputusan yang lebih baik berbanding Thailand.
Singapura wajib menang di perlawanan akhir menentang Thailand jika mahu layak, walaupun
berhadapan penyokong tuan rumah di Stadium Rajamangala. Kali terakhir Singapura layak ke separuh
akhir pada edisi 2012.
Naib juara 5 edisi kejohanan, Indonesia, dan Timor Leste sudah boleh melupakan hasrat untuk layak ke separuh akhir dalam saingan Piala AFF Suzuki 2018. Indonesia tersingkir selepas keputusan seri 1-1 di antara Filipina-Thailand, sementara Timor Leste tersingkir apabila kalah kepada Filipina di Stadium Cheras Sabtu lepas (Timor Leste menggunakan Stadium Rajamangala di Bangkok dan Stadium Cheras sebagai home).
Nota: Artikel ini ditulis oleh Saudara Ariff Ansaruddin. Beliau merupakan tenaga pengajar di salah sebuah institut pengajian awam (UKM Bangi) dan pernah menuntut di Universitas Indonesia, penyokong Negeri Sembilan FA dan UKM FC.
Baca Juga: Tiada Pilihan Lain Selain Raih Kemenangan