Matyo Mahu Jumpa Vietnam Di Pentas Final

Penyerang pasukan negara, Norshahrul Idlan Talaha berharap Harimau Malaya akan mara ke pentas perlawanan akhir saingan Piala AFF Suzuki 2018 dan bertemu dengan pasukan Vietnam.

Pemain berusia 32 tahun ini nyata tidak berpuas hati apabila Malaysia tunduk kepada pasukan The Golden Dragon itu dengan keputusan 2-0 pada perlawanan Jumaat lalu.

Pada perlawanan tersebut, Matyo nyata dirantai dengan ketat oleh barisan pertahanan pasukan lawan dan perkara itu nyata membantutkan pergerakan beliau dalam mengatur gerakan serangan.

“Saya tengok perlawanan malam ini (Jumaat lalu) kita bermain dengan bagus. Semua pemain memberikan 100 peratus komitmen. Cuma cara Vietnam bermain, mereka berjaya mencipta dua peluang dan menjaringkan dua gol.

“Mungkin selepas ini, saya sangat berharap saya mahu bertemu kembali dengan Vietnam, saya memang tidak berpuas hati dengan mereka.

“Kita cuba fokus satu demi satu perlawanan, kutip tiga mata dengan Myanmar dan Insya Allah jika kita masuk final bertemu semula dengan Vietnam, kita akan bermain lebih berhati-hati,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Norshahrul gagal untuk mencipta jaringan setelah berjaya menjaringkan gol pada dua perlawanan pertama ketika menewaskan pasukan Kemboja dan juga Laos.

Pada masa yang sama, bekas pemenang Piala AFF Suzuki 2010 itu tetap optimis pasukan negara mampu untuk mengatasi pasukan Myanmar pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan seterusnya mara ke pentas separuh akhir.

“Saya optimis kita akan menang dengan Myanmar dengan cara kita bermain malam ini (Jumaat lalu), ia berbeza dengan corak ketika bertemu Kemboja dan Laos.

“Kita sudah bermain bagus tetapi malangnya kita kalah tetapi berdasarkan prestasi sekarang, saya yakin kita boleh menang,” tambah Matyo.

Tiada pilihan lain untuk Malaysia selain menewaskan pasukan Myanmar dengan jaringan besar dalam perlawanan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 November nanti.

Pemain negara perlu segera melupakan kekalahan kepada pasukan Vietnam dan terus memberi tumpuan bagi menewaskan pasukan Myanmar.

Baca Juga: Golden Dragon Lebih Garang Berbanding Harimau

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *