Mehmet Hampir Pasti Kekal Mengendalikan Perak

Pengendali pasukan Perak, Mehmet Durakovic hampir pasti dikekalkan untuk terus membimbing juara Piala Malaysia 2018 itu pada saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim yang berkata Mehmet sudah memberikan jawapan secara lisan untuk kekal membimbing pasukan dan PAFA akan segera mengadakan perbincangan dengan beliau.

“Sasaran awal saya ketika memegang tampuk PAFA (sebagai presiden), saya beritahu Mehmet, bawa Perak ke perlawanan akhir Piala Malaysia, kami (PAFA) akan menyambung kontrak.

“Kini sudah bergelar juara, pasti kontraknya akan disambung,” katanya kepada Berita Harian.

Sebelum Perak menuju ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 pada Sabtu lalu, masa depan bekas pemain Selangor ini menjadi tanda tanya selepas ada khabar angin mengatakan Mehmet akan kembali menjadi ketua jurulatih juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu.

Jika melihat kepada prestasi pasukan Perak dalam saingan Liga Malaysia musim ini, Mehmet sememangnya wajar dilanjutkan kontrak dimana selain memenangi Piala Malaysia, Perak berjaya menamatkan saingan Liga Super 2018 di tangga kedua dimana pencapaian itu membolehkan mereka beraksi di peringkat Asia musim hadapan.

Perak akan beraksi dalam pusingan kedua kelayakan Asia Champions League (ACl) musim hadapan dan pencapaian ini adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh pasukan Perak.

Jika Mehmet bersetuju untuk terus membimbing pasukan, maka perkara seterusnya yang harus dilakukan oleh PAFA ialah membawa masuk pemain terbaik khususnya pemain import bagi menghadapi saingan musim hadapan dan cuba untuk layak sejauh mungkin dalam saingan ACL.

Membawa masuk pemain yang tepat adalah penting buat Perak untuk mereka mengekalkan prestasi sedia ada dan menjadi pasukan pencabar kejuaraan pada saingan musim hadapan.

Apa pendapat anda mengenai masa depan Mehmet Durakovic bersama pasukan Perak ? Adakah beliau patut kekal membimbing juara Piala Malaysia 2018 ini ? Atau Mehmet harus mencari cabaran lain sekaligus memberi peluang kepada jurulatih lain untuk membimbing pasukan Perak ?

Baca Juga: Perlawanan Akhir Terbaik – Mehmet Durakovic

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *