Melaka United Tanpa Eduardo Almeida, Mampukah ?

Pasukan Melaka United akan menentang PKNS FC malam ini tanpa kelibat ketua jurulatih mereka iaitu Eduardo Almeida yang direhatkan setelah tewas di tangan Perak dalam perlawanan Liga Super pada Rabu. Mampukah mereka mencatat kemenangan pada perlawanan malam ini ?

Keputusan pengurusan Melaka United yang merehatkan Eduardo Almeida sedikit-sebanyak mengejutkan peminat pasukan Melaka. Dibawah bimbingan Almeida, Melaka berjaya menunjukkan dominasi mereka apabila berhadapan pasukan yang sama taraf dan juga kekuatan dengan mereka. Melaka hanya tewas kepada pasukan terbaik dalam Liga seperti pasukan Pahang dan juga Johor Darul Ta’zim. Melaka juga berjaya menyelesaikan masalah di bahagian serangan apabila meereka mempunyai Yahoz Zubovich yang telah menjaringkan 6 gol setakat ini.

Pengendali sementara, Selvamohan Gopal mempunyai perancangan dan juga pilihan pemain beliau untuk diturunkan dalam kesebelasan utama malam ini. Apa yang pasti, Yahor akan kekal dalam kesebelasan utama sambil dibantu oleeh R.Gopinathan dan S.Chanturu di bahagian serangan.

Bagi pasukan PKNS FC pula, setelah gagal untuk mengutip kemenangan dalam dua perlawanan terakhir Liga, anak-anak buah Datuk K.Rajagopal sudah pasti tidak mahu memberikan laluan mudah buat pasukan lawan malam ini. Tambahan pula, penting untuk PKNS mengutip kemenangan bagi mendekatkan diri mereeka dengan tiga pasukan teratas dalam carta Liga Super.

Kami merasakan Datuk K.Rajagopal bakal menurunkan semula Mahali Jasuli untuk perlawanan malam ini setelah beliau hanya diletakkan di bangku simpanan ketika tewas kepada pasukan Kuala Lumpur pada Rabu. Trio Mahali, Ramazotti dan Faris Ramli berkemungkinan bakal kembali memperkuatkan barisan serangan PKNS FC.

Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan Melaka United menentang PKNS FC malam ini ? Mampukah Melaka mengutip kemenangan tanpa kelibat Eduardo Almeida ? Atau malam ini ialah malam untuk PKNS FC dan Datuk K.Rajagopal ?

Baca Juga: Eduardo Almeeida Direhatkan, Wajarkah ?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *