Memilih haluan baru.
- Liga Super
- Nov 6, 2017
- No comment
Penyerang Bawah 22 tahun negara, Jafri Firdaus Chew akan menyertai pasukan baharu bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Khabarnya beliau telah menandatangani memorandum persefahaman bersama pasukan PKNS FC.
Jafri mempunyai musim yang agak buruk bersama pasukan Pulau Pinang musim ini. Beliau hanya menjaringkan satu gol untuk Pulau Pinang dalam saingan Liga Super musim ini. Lebih parah lagi, pasukan Pulau Pinang tersingkir ke saingan Liga Perdana musim hadapan. Pulau Pinang menamatkan musim 2017 dengan kutipan 12 mata dan hanya memenangi tiga perlawanan sepanjang musim. Sedih kan.
Nasib berbeza pula dialami oleh Jafri ketika mewakili skuad bawah 22 tahun negara dalam kejohanan Sukan SEA 2017. Beliau berjaya menjaringkan dua gol ketika menentang Laos dalam perlawanan peringkat kumpulan.
Beliau baru sahaja berusia 20 tahun. Pada pendapat kami, penghijrahan Jafri ke PKNS adalah satu langkah yang baik untuk beliau. Ketika bersama Pulau Pinang, beliau jarang diturunkan dalam kesebelasan utama. Peluang Jafri untuk beraksi dalam kesebelasan utama PKNS dilihat cerah dan beliau juga dapat bergandingan bersama Safee Sali, salah satu penyerang terbaik yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan.