Menangi Tambah Nilai Percuma Republic.GG
- Lain-lain
- Nov 9, 2018
- No comment
Pusingan akhir kejohanan Raja Futsal 2018 akan berlangsung esok (10/11/2018) di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam. Dalam kesempatan ini, pendatang baru portal E-Sports, Republic.GG ingin memberikan tambah nilai percuma kepada pengunjung yang hadir.
Untuk makluman, Republic.GG merupakan satu portal untuk semua rakyat Malaysia dan bukan sahaja untuk pelanggan digi dimana semua pengguna boleh membeli tambah nilai permainan dunia maya seperti Dota 2, Player Unknown Battleground atau yang lebih sinonim dengan panggilan PUBG dan juga Mobile Legends. Anda boleh lihat senarai permainan yang tersedia di sini.
Apa yang paling unik lagi, pengguna tidak perlu menggunakan kad kredit ataupun kad debit bagi membeli tambah nilai tersebut. Pengguna hanya perlu menggunakan Digi16-digit Reload dan Tamabah nilai menggunakan akaun digi anda. Mudah dan ringkas!
Untuk acara tersebut, anda hanya perlu datang ke Booth Digi yang terletak di kawasan Fiesta, kemudian anda perlu mendaftar bagi mencipta akaun baru dalam laman web Republic.GG. Anda hanya perlu menambah nilai RM10 dan nilai tersebut akan terus dikreditkan ke dalam akaun anda. Tidak cukup dengan itu, pihak RGG akan memberikan tambah nilai percuma kepada anda sebanyak RM10. Jadi dengan pendaftaran ini anda memperolehi RM20.
Selain itu, akan ada beberapa fun games dimana anda juga boleh menyertai permainan tersebut. Dengan menyertai permainan yang diadakan, RGG akan memberikan tambah nilai percuma sebanyak RM10 kepada anda. Jika anda berjaya memenangi permainan yang dianjurkan, RGG bermurah hati dan akan memberikan tambah nilai percuma sebanyak RM10. Banyak tu!
Jadi jangan tunggu lagi. Sila datang ke Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam bagi memeriahkan lagi peringkat akhir kejohanan Raja Futsal 2018 serta rebut peluang utuk memenangi hadiah menarik yang ditawarkan oleh Republic.GG.
Baca Juga: Harimau Malaya Sudah Sedia Menggegar