Mengapa Patito Rodriguez Bukanlah Pengganti Yang Sesuai

Sejak Martin Prest mengumumkan bahawa pasukan Johor Darul Ta’zm akan menggantikan penyerang import mereka, Luciano Figueroa dengan pemain lain pada jendela perpindahan kedua Jun ini, peminat tertanya-tanya tentang siapakah penggnti kepada Lucho. Baru-baru ini, ada satu nama yang muncul di pemikiran peminat. Nama tersebut adalah Patito Rodriguez.

Nama Patito bukanlah asing bagi peminat Johor Darul Ta’zim. Beliau menyertai JDT pada awal musim 2015 bagi menggantikan Jorge Pereyra Diaz yang dijual ke Independiente sebelumnya. Patito yang mempunyai kebolehan menggelecek bola bak Robinho itu nyata menambat hati Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menandatangani beliau secara pinjaman daripada kelab Brazil, Santos.

Patito mula mewakili JDT pada Mac 2015. Namun, ketika perlawanan antara JDT menentang Terengganu, Patito mengalami kecederaan ketika bertembung dengan kereta kebal Terengganu, Vincent Bikana. Hasil daripada pertembungan tersebut, Patito mengalami keretakan kaki dan terpaksa berehat selama 3 bulan.

Patito akhirnya dihantar pulang ke Santos akibat daripada kecederaan beliau. Tempat Patito digantikan oleh pemain JDT II, Leandro Velazquez. Kini, setelah dua tahun mewakili JDT, Patito beraksi di saingan A-League bersama Newcastle Jets.

Mengapa kami berpendapat bahawa Patito bukanlah pemain yang sesuai untuk menggantikan Luciano Figueroa ? Kerana beliau bukanlah penyerang tulen seperti Lucho. Patito ialah pemain sayap kiri. Dalam pasukan JDT ketika ini, sudah ada Gonzalo Cabrera dan pemain yang akan datang, Harry Novillo mengisi posisi tersebut.

Belum lagi kita mengambil kira pemain tempatan yang ada seperti Safawi Rasid dan Hazwan Bakri. Terdapat lambakan pemain disitu. Apa yang JDT perlukan ialah penyerang tulen berkaliber yang mampu untuk menghasilkan lebih daripada 15 gol semusim. Sama seperti ketika Lucho pertama kali datang ke bumi Johor.

Itulah pendapat kami tentang mengapa Patito Rodriguez tidak sesuai sebagai pengganti Lucho. Apa pendapat anda mengenai perkara ini ? Adakah Patito ialah pengganti yang sesuai ? Ataupun anda mempunyai pendapat yang sama dengan kami dimana Johor Darul Ta’zim perlukan penyerang tulen bagi menggantikan Lucho ?

Lucero Ganti Diaz

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *