Milovan Rajevac Dipecat Oleh FAT

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Thailand, Milovan Rajevac dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) setelah skuad Gajah Perang dibelasah oleh pasukan India pada perlawanan sulung pasukan itu dalam temasya Piala Asia 2019.

Thailand hadir dengan impian yang besar dimana mereka mahu membuktikan kemampuan sebenar mereka dalam temasya kali ini setelah berjaya mara ke peringkat akhir saingan kelayakkan Piala Dunia 2018 lalu. Namun, permulaan perjalanan pasukan paling berjaya di rantau Asia Tenggara ini tidak seperti yang mereka bayangkan.

Pada perlawanan semalam, penyerang legenda India, Sunil Chetri terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti apabila Theeraton Bhunmatan tertampan bola menggunakan tangan di dalam kawasan penalti.

Meskipun ketinggalan, Thailand tidak mengendurkan asakan sekaligus berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan Teerasil Dangda. Dangda menanduk kemas bola hasil daripada sepakan percuma yang diambil oleh Chanatip Songkrasin.

Memasuki separuh masa kedua, India tampil lebih garang dimana mereka berjaya menjaringkan tiga lagi gol menerusi Chetri, Anirudh Thapa dan Jeje Lalpekhlu sekaligus mencatat kemenngan pada perlawanan pertama.

Dengan pemecatan Milovan, tugas pengendali pasukan kini diambil alih oleh penolong jurulatih Sirisak Yodyardthai. Sirisak akan mengendalikan pasukan Thailand bagi menghadapi dua perlawanan peringkat kumpulan yang seterusnya iaitu perlawanan Bahrain pada 10 Januari dan tuan rumah, UAE pada 15 Januari nanti.

Menurut laporan Vocket FC, FIFA Ranking Thailand turut terjejas apabila mengalami kemerosotan mata sebanyak -14.83 mata dan kedudukan semasa mereka menjunam ke ranking 122 dunia manakala bagi India mendapat +14.83 dan melonjak ke kedudukan 95 dunia selepas tamat perlawanan semalam.

Pemecatan ketua jurulatih selepas sesebuah pasukan tewas pada perlawanan pertama temasya Piala Asia bukanlah perkara yang baru. Pada temasya edisi 2011 yang diadakan di Qatar, pasukan Arab Saudi memecat ketua jurulatih mereka ketika itu, Jose Peseiro.

Jose Peseiro dipecat selepas juara tiga kali itu tewas kepada pasukan Syria dengan keputusan 2-1. Arab Saudi kemudiannya menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga tercorot kumpulan A apabila mereka tewas ketiga-tiga perlawanan.

Baca Juga: 100 Ribu Penonton Pun Tiada Masalah

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *