Musim 2018: Angin Baru PDRM FA ?

Semalam, pasukan PDRM FA telah mengumumkan senarai penuh pemain mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2018. The Cops akan dibimbing oleh Zulhamizan Zakaria dan akan dibantu oleh Fauzi Pilus dan bekas penyerang skuad kebangsaan, Khalid Jamlus. Nampaknya PDRM mahu memulakan musim 2018 ini dengan angin baru.

Kami berkesempatan untuk menyaksikan majlis pengenalan pemain The Cops semalam. Di sini kami sertakan ucapan Timbalan Perdana Malaysia, YAB Dato’ Seri DR. Ahmad Zahid Hamidi.

Pembuka Kata

1. Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin dan rahmatNya kita dapat bersama-sama menjayajan PROGRAM PELANCARAN PASUKAN BOLA SEPAK PDRM FA ATAU DIKENALI SEBAGAI SKUAD “THE COPS” BERSAMA PENAJA-PENAJA BAGI MUSIM LIGA PERDANA 2018.

2. Sebenarnya, masyarakat bukan sekadar melihat PDRM ini hanya mahhu menguatkuasakan undang-undang, menangkap atau menahan orang semata-mata serta menjaga orang awam sahaja.

3. Malah menerusi sukan, polis atau PDRM sendiri mempunyai kaedah tersendiri dalam usaha mendekati masyarakat. Menerusi sukan jua, masyarakat sudah pasti melihat imej dan reputasi PDRM menerusi pembabitan pasukan “The Cops” dalam kancah bola sepak negara boleh membawa keberkesanan yang positif.

Cabaran “The Cops”

4. Dalam kesempatan ini, saya ingin melontarkan cabaran pertama bagi pasukan “The Cops” untuk muncul sebagai pasukan “fairplay” terbaik” dalam Liga Perdana kali ini. Cabaran ini berdasarkan imej kepolisian dalam pasukan itu sendiri.

5. Selaku pasukan penguatkuasa, adalah menjadi tanggungjawab kalian untuk memastikan amalan ketelusan dalam apa jua tindakan yang dilakukan.

6. Cabaran kedua pula, saya cabar “The Cops” untuk menjuarai Liga Perdana 2018. Kita pernah menjuarai Liga Perdana 2014 dan tahun 2007. Mengapa tidak tahun ini, PDRM FA boleh menjuarainya semula ? Tiada yang mustahil. Ini KPI yang saya mahu kerana pasukan PDRM FA sekarang bukan lagi sebuah pasukan bawahan apa pasukan yang dibelasahi. Kita sudah mempunyai kelas tersendiri.

7. Maka cabaran ketiga saya adalah skuad “The Cops” layak ke peringkat akhir Piala FA dan Piala Malaysia. Say ameletakkan garis Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ini berdasarkan keupayaan dan prestasi lalu, bahawa skuad ini berupaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia 2016 dan suku akhir Piala FA.

8. Walaupun tahun 2017 lalu, PDRM F sekadar menduduki tangga ke-8 dalam Liga Perdana, saya percaya menerusi susunan dan formula strategik ketua jurulatih, Saudara Zulhamizan Zakaria yang juga mempunyai pengalaman luas sebagai bekas pemain kebangsaan dan negeri Pahang, skuad “Thhe Cops” pasti membuat kejutan kejayaan yang besar pada tahun ini.

9. Walaupun saya difahamkan pengurusan PDRM mensasarkan satu piala dibawa pulang tahunini, tetapi menerusi cabaran-cabaran yang dilontarkan tadi, ia akan menjadi satu “benchmark” yang perlu diambil secara serius.

10. Saya percaya, dengan usaha keras dan dedikasi dari setiap pihak, cabaran-cabaran tersebut pasti akan dapat direalisasikan dengan jayanya oleh pasukan “The Cops”.

11. Tiada apa yang mustahil sekiranya para pemain dan pihak pengurusan berpegang kepada prinsip dan matlamat yang sama demi membawa imej baik PDRM dalam sukan bola sepak.

Kekuatan Semangat Berpasukan

12. Saya dimaklumkan barisan skaud “The Cops” adalah paling mantap bagi musim bola sepak 2018. Ramai pemain berpengalaman terdiri daripada 9 pemain dalam anggota PDRM serta gabungan bekas pemain Kuantan FA dan pemain yang pernah beraksi dalam pasukan negara mewarnai pasukan kita kali ini.

13. Malahan “The Cops” diperkuatkan oleh pemain import baru dari Korea Selatan, Jepun, Romania dan Montenegro yang mana pemain ini mempunyai kekuatan di bahagian tengah dan serangan.

14. Saya percaya soal disiplin dan kecergasan tidak menjadi persoalan dan kebimbangan kerana say apercaya pada pemain dan pengurusan yang membawa nama PDRM FA itu sendiri.

15 Cuma saya hendak ingatkan kalau kita bermain dalam satu pasukan, ia bukan terletak pada kudrat individu semata-mata. Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi yang hebat itupun memerlukan kerjasama daripada pemain lain.

16. Jadi jangan kita ingat kita seorang saja yang hebat. Sebab itulah saya berharap pemain tempatan dan import sedia ada mampu meningkatkan tahap kerjasama dan bermain secara berpasukan demi mencipta kejayaan musim ini.

17. Yang penting, PDRM FA perlu mencetuskan “comeback” yang luar biasa. AYUH SEMUA PEMAIN DAN JURULATIH BEKERJASAMA MENGEMBALIKAN IMEJ DAN MARUAH “THE COPS”

Komitmen Penaja “The Cops”

18. Sepanjang pembabitan pasukan bola sepak PDRM FA ini, tidak ada serinya kalau tidak ada penaja. Saya amat menghargai dan berterima kasih kerana sentiasa menyokong PDRM FA.

19. Penaja-penaja kita sudah tentu meletakkan suatu harapantinggi untuk melihat pasukan PDRM FA menlonjak ke satu tahap yang boleh dibanggakan.

20. Jadi selaku penaja utama dan penaja iringan terutama kepada ODR LUBRICANT serta penaja seperti FORCA, CIRCLE K, YOUTH LITE, MUTIARA KONSORTIUM, PROTON dan LINE 7 yang terus setia menaja pasukan PDRM FA saya ucapkan terima kasih sekali lagi.

21. Saya percaya, penajaan ini pasti akan membuahkan hasil apabila kelangsungan dan keuntungan promosi terhadap produk dan perkhidmatan para penaja akan berlaku dengan baik.

Peranan Media Dalam Sukan Bola Sepak

22. Saya berpendapat sukan bola sepak adalah bidang yang memerlukan kerjasama semua pihak, antara pasukan bola sepak pengurusan, penaja, pengendali pertandingan dan pihak media.

23. Saya nelihat dalam konteks semasa, pembangunan pasukan bola sepak amat bergantung kepada kesepakatan yang baik antara semua pihak.

24. Oleh yang demikian, dalam pembangunan pasukan ‘The Cops’, saya melihat perkembangan yang baik dalam aspek pasukan, pengurusan bola sepak dan para penaja, namun kerjasama dari aspek paparan media perlu ditambah baik.

25. Saya akui landskap sukan bola sepak tempatan kurang mendapat perhatian daripada media apabila semua perlawanan tidak disiarkan secara langsung.

26. Situasi ini jauh berbeza dengan peranan media luar dalam menyiarkan secara langsung semua perlawanan EPL sehingga berjaya membawa tarika luar.

27. Saya amat berharap pasukan media di Malaysia lebih komited dalam memastikan segala segala perlawanan dan perkembangan sukan bola sepak tempatan dilaporkan dengan lebih kerap.

28. Saya menyarankan semua perlawanan liga bola sepak tempatan perlu disiarkan tanpa memilih perlawanan. Semua pasukan layak mendapatkan hak siaran langsung.

Penutup

29. Saya percaya segala cabaran, hasrat dan matlamat yang ingin kita kecapi akan terlaksana sekiranya semua pihak memainkan peranan yang sewajarnya.

30. dengan lafaz “Fassabih Biham Dirob Bikawas Tahgfir Innahu Kanatau Waba’ saya MELANCARKAN PASUKAN BOLA SEPAK PDRM FA ATAU SKUAD “THE COPS” BERSAMA PENAJA-PENAJA BAGI MUSIM LIGA PERDANA 2018!

Sekian, terima kasih.

Haa itulah ucapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri DR. Ahmad Zahid Hamidi.

Berikut adalah senarai penuh barisan pemain PDRM FA untuk musim hadapan.

Berikut Suasana sekitar majlis pengenalan pemain semalam.


Ehemm


So sexy!

Baca Juga: Berbaloikah Pengorbanan Pahang ?

Ada ganjaran yang menanti apabila PDRM memenangi Liga Perdana. Ganjaran apa tu ? Ketahui di sini

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *