Nazmi Faiz Dan Hazwan Bakri Tidak Akan Kemana-Mana
- Piala Malaysia
- Sep 23, 2018
- No comment
Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards menafikan khabar angin yang beredar dimana dua pemain JDT dikhabarkan mahu keluar daripada pasukan. Dua pemain yang dimaksudkan ialah Nazmi Faiz dan Hazwan Bakri.
Sebelum ini, sebuah laman media sosial Facebook mengatakan Nazmi dan Hazwan berhasrat untuk meninggalkan juara Liga Super 5 musim berturut-turut ini. Laman Facebook tersebut dikatakan berasal dari utara tanah air.
Alistair menyifatkan khabar tersebut sebagai tidak munasabah kerana kedua-dua pemain baru sahaja menandatangani kontrak baru sehingga musim 2020 dan musim 2023.
Baru-baru ini terdapat laman facebook dari utara tanah air yang mengeluarkan kenyataan bahawa Hazwan Bakri dan Nazmi…
Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, 22 September 2018
Tambah Alistair, Nazmi Faiz dan Hazwan Bakri telah menyumbangkan peranan yang besar bagi pasukan pada saingan musim 2018. Alistair turut berpendapat pemain tidak akan meninggalkan JDT kerana kemudahan lengkap yang dimiliki oleh kelab dan mereka peluang untuk memenangi trofi dan bersaing di Liga Juara-Juara AFC pada musim hadapan.
Akhir sekali, Alistair meminta para peminat setia Johor Darul Ta’zim untuk tidak mempercayai sebarang khabar angin yang beredar di media sosial dan mendapatkan sebarang berita mengenai pasukan menerusi laman Johor Southern Tigers.
“Oleh itu, pesanan saya kepada semua penyokong JDT, usah percaya kepada apa-apa khabar angin berkenaan isu tersebut kerana tidak ada seorang pemain sekalipun yang akan keluar daripada JDT melainkan 2 pemain yang akan ditamatkan kontrak.
“Kami menyeru kepada para penyokong agar hanya mendapatkan informasi yang tepat dari sumber rasmi kami (JOHOR Southern Tigers) dan elakkan daripada mempercayai laman-laman yang hanya berusaha untuk mendapatkan lebih ‘likes’ semata-mata.” jelas beliau dalam kenyataan tersebut.
JDT telah menyambung kontrak beberapa pemain sedia ada terutamanya pemain muda sebagai langkah persediaan untuk mengharungi cabaran Liga Juara-Juara Asia musim hadapan. Nazmi Faiz dan Hazwan Bakri antara pemain yang menyambung kontrak jangka masa panjang bersama juara Liga Super musim 2018 ini.
Baca Juga: Hadi Fayyadh Pukau Media Jepun