Nor Farhan Bakal Tinggalkan Kelantan ?
- Liga Super
- Mar 31, 2018
- No comment
Pasukan Kelantan telah melepaskan 5 pemain mereka setakat ini. Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata tujuan itu adalah untuk meringankan beban kewangan pasukan. Baru-baru ini, pemain senior pasukan, Nor Farhan Muhammad dikhabarkan bakal meninggalkan pasukan pantai timur tersebut.
Pemain yang satu ini bukan asing lagi dalam kalangan peminat pasukan Kelantan. Nor Farhan pertama kali mewakili kelantan pada musim 2009. Namun, beliau hanya kekal selama satu musim di sana. Pada 2010, Nor Farhan menyertai pasukan T-Team FC.
Nor Farhan kembali ke pangkuan Kelantan pada musim 2011 sebelum berhijrah ke Terengganu pada musim 2013. Selepas bersama Terengganu, Nor Farhan sekali lagi kembali ke pangkuan Kelantan pada 2015 dan bertahan sehingga hari ini. Kemana saja beliau pergi, mesti beliau akan kembali ke Kelantan.
Musim ini, Nor Farhan dilihat agak bergelut untuk tampil dalam kesebelasan utama pasukan Kelantan. Ini kerana sudah ada 3 pemain import di bahagian serangan pasukan. Jadi, peluang untuk beliau nampaknya sangat terhad. Mungkin inilah sebab mengapa beliau mahu mencari pasukan lain yang boleh menjanjikan tempat dalam kesebelasan utama buat beliau.
Khabarnya, pasukan baru yang dikaitkan dengan Nor Farhan adalah D’AR Wanderers yang kini bermain dalam saingan Liga FAM. D’AR Wanderers juga berjaya menandatangani beberapa bekas pemain Kelantan seperti Daudsu Jamaluddin dan Zairul Fitree Ishak.
Bukan saja bekas pemain Kelantan yang berjaya ditandatangani oleh D’AR Wanderers. Pasukan yang berpengkalan di Temerloh, Pahang ini dibimbing oleh Hashim Mustapha yang merupakan bekas jurulatih pasukan Piala Presiden Kelantan. Sedikit-sebanyak Hashim sudah sinonim dengan gaya permainan Nor Farhan.
Apa pendapat anda mengenai Nor Farhan Muhammad yang khabarnya bakal meninggalkan pasukan Kelantan pada jendela perpindahan kedua Jun ini ? Adakah ini satu kehilangan besar buat pasukan Kelantan yang kini dibimbing oleh Fajr Ibrahim ?
Atau ini sudah masanya pasukan Kelantan Kuda Tua mereka dan mula menggunakan khidmat pemain muda bagi membawa cabaran dalam saingan Liga Malaysia musim ini ?
Baca Juga: Apa Cerita Sampai Nak Boikot Jurulatih ?