PAFA Mahu Hasnul Teruskan “Perjuangan”
- Liga Super
- Nov 14, 2018
- No comment
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mahu Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim untuk terus menjadi presiden persatuan tersebut dan memberikan tempoh 14 hari untuk Hasnul memikirkan semula hasrat beliau untuk meletak jawatan.
Bagaimanapun, mesyuarat itu menerima peletakan jawatan Timbalan Presidennya, Datuk Adly Shah Ahmad Tah, berkuatkuasa semalam.
Naib Presiden 1 PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad berkata pihaknya menerima surat peletakan jawatan Hasnul pada semalam dan Yadzan turut menyatakan bahawa beliau akan memegang peranan sebagai pemangku presiden PAFA sehingga Hasnul membuat keputusan.
“Kami sebulat suara menolak peletakan jawatan Hasnul kerana beliau mempunyai faktor ‘wow’ bagi mengemudi persatuan dan pasukan lebih hebat pada masa depan, tambahan pula usianya masih muda.
“Jadi, kita bagi tempoh 14 hari untuk beliau bertenang dan memikirkan semula keputusannya,” katanya kepada Berita Harian.
Tambah Muhammad Yadzan, keputusan yang diambil Hasnul untuk meletak jawatan sebagai presiden persatuan disebabkan tekanan yang bertubi-tubi daripada pihak luar disebabkan tindakan beliau yang diibaratkan sebagai menjatuhkan nilai dan juga prestij trofi Piala Malaysia.
“Kita tengok kalau gelombang tekanan itu terlalu kuat menolak beliau (Hasnul) ke dinding sampai tidak boleh bernafas, kita tidak boleh buat apa.
“Tetapi, jika ada nampak cahaya di hujung terowong, maka kita teruskanlah (memujuk Hasnul),” tambah Yadzan.
Keputusan PAFA yang mahu Hasnul untuk terus menerajui persatuan tersebut mendapat tentangan dan juga kritikan daripada para peminat.
PAFA tolak perletakan jawatan Hasnul dan terima perletakan jawatan Adly, maknanya apa? Itu tandanya anai-anai semakin licik#anaianaihybrid pic.twitter.com/hRmuD7ZgkU
— Labun Bola (@labunbola) November 14, 2018
— انق وطن 🇲🇾 (@RimauXI) November 13, 2018
Presiden PAFA telah menolak Perletakan Jawatan Presiden PAFA..
Drama Hancing dari Perak… https://t.co/F5uWpzKqG4
— Roslan Alan (@RoslanAlan) November 13, 2018
Apa yang pasti, keputusan yang diambil oleh PAFA ini boleh mengundang kembali kemarahan peminat yang sebelum ini sudah semakin reda apabila Hasnul Zulkarnain mengambil keputusan untuk meletak jawatan.
Baca Juga: Terima Kasih Hasnul – MB Perak