Pahang Terasa Ketiadaan Francis Forkey Doe

Pahang nyata merasai ketiadaan Francis Forkey Doe di bahagian serangan apabila mereka sedikit bergelut untuk menjaringkan gol dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim semalam. Tempat beliau diambil alih oleh Mohamadou Sumareh.

Forkey Doe terpaksa diketepikan akibat daripada kecederaan yang dialami ketika Pahang menewaskan pasukan Kedah dalam pusingan kedua tempoh hari. Pengganti beliau semalam, Sumareh juga mengakui bahawa sukar untuk bermain di posisi tersebut kerana beliau sudah terbiasa bermain sebagai pemain sayap. Bukan sebagai pemain penyerang.

Gandingan Sumareh, Patrick Cruz juga dilihat sedikit bergelut dalam perlawanan semalam. Pada separuh masa pertama kita dapat melihat dengan jelas betapa tersisihnya Patrick Cruz di bahagian serangan. Apabila masuk saja separuh masa kedua, barulah kita dapat melihat aksi Patrick yang lebih hidup di bahagian serangan.

Keputusan Dollah untuk memasukkan Wan Zaharulnizam dan juga R.Kogileswaran juga tidak dapat membantu serangan Pahang. Mujur saja barisan tengah dan juga pertahanan pasukan beraksi dengan cemerlang untuk mengekang JDT daripada mendapatkan gol di tempat lawan.

Jika Forkey Doe gagal untuk pulih menjelang perlawanan suku akhir kedua di Larkin nanti, nampaknya Pahang akan menghadapi masalah yang sama seperti perlawanan semalam. Dollah harus memikirkan satu penyelesaian segera untuk masalah ini.

Kami berpendapat Dollah boleh menggandingkan Patrick Cruz dengan penyerang muda, R.Kogileswaran. Tindakan meletakkan Sumareh di bahagian serangan menurut kami tidak akan membantu Pahang menyelesaikan ketiadaan Francis Forkey Doe. Sumareh harus kekal bermain di bahagian sayap bagi meningkatkan lagi peluang Pahang untuk mencari gol.

Apa pendapat anda mengenai masalah di bahagian serangan yang dihadapi oleh pasukan Pahang ketika ini ? Adakah mereka akan menghadapi masalah yang sama pada perlawanan suku akhi kedua nanti ?

Dan pemain mana yang sesuai untuk digandingkan dengan Patrick Cruz di bahagian serangan bagi menggantikan Francis Forkey Doe yang masih lagi mengalami kecederaan ?

Baca Juga: Sama Kuat, Sama Hebat

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *