Panggil Mohamadou Sumareh Secepat Mungkin!

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe perlu memanggil pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA 2018, Mohamadou Sumareh secepat mungkin untuk mewakili pasukan negara di pentas antarabangsa.

Sumareh menampilkan persembahan yang bertenaga ketika Pahang menewaskan pasukan Selangor dalam perlawanan akhir Piala FA 2018 Sabtu lalu. Larian pantas serta gelecekkan bola Sumareh berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Selangor terutamanya di bahagian kiri di mana K.Kannan dilihat bergelut untuk mengawal dan mudah untuk diatasi oleh Sumareh.

Kelincahan Sumareh berjaya membantu jaringan pertama pasukan Pahang dimana pemain tengah, Nor Azam Azih melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti setelah Sumareh berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Selangor dan mereka gagal untuk mengeluarkan bola dengan baik.

Dengan persembahan cemerlang ketika perlawanan akhir Sabtu lalu, penulis berpendapat Sumareh sudah bersedia untuk mewakili pasukan negara di pentas antarabangsa. Beliau tidak perlu membuktikan apa-apa lagi kerana kita semua sudah sedia maklum dengan kualiti yang dimiliki oleh Sumareh.

Dengan adanya Sumareh, kualiti barisan serangan pasukan negara boleh dipertingkatkan kerana Sumareh adalah pemain sayap yang mempunyai kebolehan dan juga kualiti yang tersendiri. Larian pantas dari sebelah sayap yang dimiliki oleh beliau bakal memberi kelebihan besar terutamanya buat barisan serangan pasukan negara.

Apa yang penting, Tan Cheng Hoe perlu mempertimbangkan untuk memanggil Mohamadou Sumareh secepat mungkin bagi menguatkan lagi pasukan negara. Dengan adanya Safawi Rasid dan Akhyar Rashid yang mengisi bahagian sayap ketika ini ditambah pula dengan Sumareh, penulis kualiti pasukan kebangsaan kita boleh dipertingkatkan.

Apa pendapat anda mengenai cadangan bagi ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe agar memanggil Mohamadou Sumareh secepat yang mungkin bagi mewakili pasukan negara di pentas antarabangsa ?

Dengan prestasi semasa beliau, mampukah Sumareh membantu pasukan negara dengan meningkatkan lagi kualiti dan juga mutu pasukan negara dan mengembalikan semula zaman kegemilangan Malaysia seperti sebelum ini ? Mari kongsikan pendapat anda bersama kami.

Baca Juga: Masih Ada Harapan Buat Pahang Beraksi Di Asia

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *