Pasukan Sarawak Akan Dibubar Sepenuhnya
- Liga Perdana
- Oct 8, 2018
- No comment
Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais mengumumkan bahawa mereka akan membubarkan skuad bola sepak mereka merangkumi pemain, kejurulatihan dan pengurusan musim ini bagi digantikan dengan muka baharu bagi menghadapi saingan musim hadapan.
Menurut Datuk Poja, langkah tersebut terpaksa diambil demi memperbaiki prestasi pasukan yang tidak begitu baik dalam saingan Liga Perdana musim ini.
“Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada kesemua pemain-pemain, barisan
kejurulatihan dan pengurusan pasukan lepas atas sumbangan diberikan.
“Pada musim hadapan, pasukan akan diperkuatkan oleh pemain-pemain dan barisan kejurulatihan baharu,” jelas dalam kenyataan akhbar pada Sabtu lalu.
Datuk Posa juga mengucapkan terima kasih kepada barisan pemain, staf kejurulatihan dan juga pengurusan pasukan di atas sumbangan mereka kepada pasukan Sarawak setakat ini. Selain mengucapkan terima kasih kepada pemain dan pegawai pasukan, Datuk Poja turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang telah menyokong pasukan.
Pasukan Ngap Sayot pada musim hadapan akan dibarisi oleh pemain dan juga barisan kejurulatihan yang baru dan Datuk Poja yakin bahawa pasukan akan kembali dengan lebih baik pada musim hadapan.
Prestasi pasukan dari Borneo ini dalam saingan Liga Malaysia musim 2018 memang tidak begitu baik. Sarawak menamatkan saingan Liga Perdana di tangga ke-8, dimana mereka hanya mampu merekodkan enam kemenangan sepanjang musim.
Dalam saingan Piala FA pula, Bujang Senang terkandas di peringkat kedua setelah tewas kepada pasukan Perak dengan keputusan 3-1. Dalam saingan Piala Cabaran 2018 pula, skuad bumbingan Ian Gillan ini menamatkan saingan dalam saingan peringkat kumpulan.
Apa yang pasti, peminat setia pasukan mengharapkan dengan wajah baru yang akan mewakili pasukan nantinya mampu untuk melonjakkan lagi pasukan ke kedudukan yang lebih baik dan bangkit daripada masa-masa suram.
Selain itu, diharapkan masalah pembayaran gaji pemain seperti yang terjadi musim ini tidak berlaku lagi pada musim hadapan agar fokus pemain tidak ternganggu sekaligus menampilkan aksi terbaik mereka.
Baca Juga: 10 Pasukan Hadapi Masalah Pembayaran Gaji