Pasukan Terbaik Dalam Pesta Bola Merdeka
- Harimau Malaya
- Dec 27, 2018
- No comment
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) optimis pasukan yang dijemput untuk menyertai pertandingan Pesta Bola Merdeka bakal menghantar pasukan terbaik untuk memeriahkan lagi kejohanan yang kali terakhir diadakan ialah pada 2013 lalu.
Setiausaha Agung, Stuart Ramalingam berkata pertandingan terbabit akan berlangsung pada Mac dan diadakan pada waktu kalendar Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Perkara ini secara akan memberi peluang kepada setiap pasukan yang dijemput untuk mengutip mata bagi memperbaiki ranking mereka dalam kedudukan Ranking FIFA.
“Antara sebab Pestabola Merdeka dianjak ke bulan Mac dan bukannya Januari adalah kerana kita mahu ia berlangsung dalam kalendar FIFA dan ini membolehkan setiap pasukan menghantar pasukan terbaik mereka bagi menghadapi aksi kelas ‘A’.
“Jika ia berlangsung di luar kalendar FIFA, mungkin agak sukar untuk kita mendapatkan kerjasama daripada pasukan yang akan bertanding.
“Apapun, kita memang ada perancangan untuk melangsungkan dua aksi persahabatan pada tempoh kalendar FIFA itu dan dengan penyertaan empat pasukan sekalipun, kita sudah boleh menganjurkan Pestabola Merdeka,” katanya ketika dihubungi Sukan NSTP.
Sebelum ini, FAM dikatakan telah menetapkan garis panduan terhadap pasukan yang akan menyertai Pesta Bola Merdeka bagi menjaga kualiti dan prestij kejohanan itu.
Perkara ini dipersetujui oleh bekas pengendali pasukan kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan dimana menurut Wan Jamak ianya wajar bagi memastikan setiap pasukan menghantar pemain terbaik mereka dan tidak menghantar pemain yang suam-suam kuku.
FAM telah menghantar jemputan kepada negara serantau namun masih belum mendapat sebarang maklum balas. Empat pasukan dikhabarkan hampir pasti menyertai kejohanan tersebut iaitu Indonesia, India dan Taiwan.
Kali terakhir Pesta Bola Merdeka diadakan ialah pada tahun 2013 dimana skuad bawah 23 tahun negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee ketika itu berjaya memenangi kejohanan edisi tersebut selepas menundukkan skuad B-23 Myanmar 2-0.
Ketika itu, pasukan negara dibarisi oleh pemain bintang seperti Rozaimi Abdul Rahman, Wan Zack Haikal, Irfan Fazail dan Junior Eldstal.
Baca Juga: Mesyuarat Bulan Hadapan Tentukan Nasib Lee Tuck