Paulo Rangel Satu Liabiliti Kepada Pasukan Kedah
- Piala Malaysia
- Aug 27, 2018
- No comment
Kedah terlepas peluang untuk menduduki tangga teratas kumpulan C apabila hanya mampu untuk mengutip keputusan seri ketika menentang pasukan MISC-Mifa. Pada perlawanan semalam, penyerang import, Paulo Rangel gagal untuk menampilkan aksi terbaik dan beliau dianggap satu liabiliti kepada pasukan.
Pada perlawanan semalam, Rangel diturunkan dalam kesebelasan utama bagi memimpin barisan serangan Kedah. Namun, bekas penyerang Selangor dan Terengganu ini gagal untuk menampilkan aksi terbaik beliau dan gagal untuk mencipta sebarang impak di bahagian serangan.
Sejak beliau disisihkan setelah enggan unntuk memanaskan badan ketika Kedah dibelasah JDT di Larkin tempoh hari, Rangel dilihat seolah-olah memberontak dan enggan untuk bermain bola sepak terbaik beliau.
Kedah mendahului sebanyak dua kali pada perlawanan semalam menerusi jaringan Sandro pada separuh masa pertama dan Halim Shaari pada separuh masa kedua. Namun, kelebihan yang dimiliki berjaya dipadam oleh Mifa yang beraksi dengan 10 pemain sepanjang separuh masa kedua setelah Kpah Sherman dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama kerana mengasari Liridon Krasniqi.
Kami berpendapat kembalinya Akhyar daripada tugasa Sukan Asia 2018 akan memberikan sedikit kelebihan di bahagian serangan pasukan Kedah. Pemangku ketua jurulatih, Azzmi Ab Aziz boleh merehatkan Rangel dan meletakkan Sandro sebagai pemain yang akan mengisi posisi nombor 9 pasukan. Akhyar Rashid pula akan membantu Sandro di bahagian serangan.
Jika Kedah masih lagi berharap kepada Rangel untuk mencipta jaringan, dengan prestasi tidak menentu penyerang dari Brazil ini, ianya boleh mendatangkan kesusahan kepada Kedah pada baki saingan Piala Malaysia 2018.
Apa yang pasti, Kedah perlu mengutip kemenangan pada perlawanan kelima peringkat kumpulan dimana mereka dijadualkan menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim. Jika gagal berbuat demikian, maka peluang bagi naib juara edisi lalu ini akan terjejas.
Apa pendapat anda mengenai kelibat Paulo Rangel bersama pasukan Kedah setakat ini ? Adakah wajar beliau dianggap sebagai liabiliti kepada pasukan di atas persembahan yang tidak meyakinkan pada saingan Piala Malaysia edisi kali ini ?
Baca Juga: Khidmat Paulo Rangel Disisihkan Kedah