Peluang Pemain Malaysia Beraksi Di Thailand!
- Harimau Malaya, Liga Super
- Jul 10, 2018
- No comment
Liga paling berprestij di rantau Asia Tenggara, Toyota Thai League telah memberikan khabar gembira kepada para pemain di Asean apabila mereka menambah kuota pemain Asean daripada satu pemain kepada TIGA pemain bermula musim hadapan. Ini adalah satu peluang keemasa untuk pemain Malaysia beraksi di saingan Thai League.
Perkara ini disahkan oleh pihak Liga Thailand sendiri menerusi pengumuman di laman media sosial Twitter mereka. Menurut @thaileague, ketiga-tiga pemain Asean ini turut dibenarkan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.
In 2019, Toyota Thai League set to increase the number of ASEAN players allowed in a squad to three players, and all of them will be allowed in the starting lineup. #ThaiLeague pic.twitter.com/r4cPmECCCW
— ThaiLeague (@thaileague) July 10, 2018
Ketika ini, Malaysia mempunyai Shahrel Fikri Fauzi dan Curran Ferns yang bermain dalam saingan Thai League 1. Shahrel bermain untuk pasukan Nakhon Ratchasima FC manakala Ferns pula bermain untuk pasukan Shukothai FC.
Dengan penambahan kuota kepada tiga pemain Asean ini, ianya memberikan peluang kepada pemain Malaysia untuk bermain di Liga terbaik di Asia Tenggara ini.
Jika beraksi dalam saingan Thai League 1 atau 2, pemain tersebut dapat meningkatkan lagi mutu dan juga kualiti permainan mereka kerana bermain di samping pemain terbaik dan beraksi di peringkat yang lebih tinggi berbanding Liga Malaysia.
Antara pemain negara yang boleh mengambil peluang keemasan ini ialah pemain muda seperti Akhyar Rashid, Safawi Rasid dan Nor Azam Azih. Jika ketiga-tiga pemain ini beraksi di saingan Thai League, besar kemungkinan mereka dapat memantapkan lagi mutu dan corak permainan mereka.
Perkara tersebut akan memberikan kelebihan bukan saja kepada para pemain malah pasukan kebangsaan juga bakal mendapat manfaat kerana mereka inilah pemain harapan negara pada masa akan datang.
Apa pendapat anda mengenai keputusan Toyota Thai League yang menambah kuota pemain Asean dari satu pemain kepada tiga pemain bermula saingan musim hadapan ? Pemain Malaysia manakah yang akan mengikuti jejak langkah Shahrel Fikri dan Currran Ferns dengan bermain di Thai League 1 ?
Baca Juga: Panggil Mohamadou Sumareh Secepat Mungkin!