Pemain JDT Meninggalkan Kem Kebangsaan ?
- Harimau Malaya
- Mar 23, 2018
- No comment
Kecoh di kalangan peminat bola sepak negara di media sosial ketika ini apabila pemain Johor Darul Ta’zim dikhabarkan meninggalkan kem skuad kebangsaan sebentar saja tadi. Ada sesetengah pemain JDT dilihat bercuti bersama keluarga tercinta. Di sini kami kongsikan gambar mereka.
Corbin-Ong bercuti di Bali.
Safiq Rahim Bercuti
Komen Syazwan Andik di Instagram pula mengatakan bahawa Nazmi Faiz Mansor sudahpun dipanggil untuk pulang.
Fadzly Mazlan pula sedang berjalan-jalan di Kota Ranau, Sabah.
Fadzly sedang berjalan-jalan di Sabah
Peminat bola sepak negara nyata terkejut dengan tindakan pemain JDT ini. Tindakan mereka jelas dilihat tidak profesional dan tiada semangat langsung untuk membela maruah bangsa dan juga tanah air kita.
Yang menjadi persoalan di kalangan peminat ketika ini adalah, mengapa mereka ini boleh pergi bercuti sedangkan Malaysia masih ada perlawanan menentang Lebanon dan juga Nepal ? Adakah ada agenda disebalik tindakan walk out beramai-ramai ini ?
Dengan tindakan mereka yang pergi bercuti ini, Tan Cheng Hoe terpaksa memanggil beberapa nama untuk menggantikan mereka. Antara yang hadir dalam pusat latihan skuad negara hari ini ialah penjaga gol PKNS, Sahril Sa’ari, Nor Hakim, Jafri Fridaus Chew, Shahrel Fikri, Zaquan Adha dan Nazirul Naim.
Tindakan tidak profesional ini nyata menjejaskan persiapan skuad kebangsaan bagi dua perlawanan seterusnya. Tan Cheng Hoe harus mengatur semula strategi dengan menggunakan barisan pemain baru. Tambahan pula, masa tidak menyebelahi Tan Cheng Hoe apabila beliau hanya mempunyai masa seminggu saja untuk mempersiapkan pasukan. Bad luck coach!
Diharapkan perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Negara sedang perlukan anda ketika ini. Jadi stay and fight, don’t run like a coward! Semoga pemain sedia ada dapat menjalankan tugas dengan cemerlang.
Apa pendapat anda mengenai pemain JDT yang meninggalkan kem kebangsaan ? Adakah dengan pemergian mereka, ianya akan menjejaskan persembahan skuad negara sekaligus menjejaskan peluang kita untuk mengutip kemenangan pertama dalam tempoh masa lebih dari setahun ?
Baca Juga: Tak Patut Beri Respon Sebegitu