Pemain Mana Yang Sesuai ?
- Liga Super
- Feb 28, 2018
- No comment
Tindakan Jorge Pereyra Diaz yang secara tiba-tiba meninggalkan pasukan JDT nyata meninggalkan seribu pertanyaan di minda peminat bola sepak Malaysia. Mereka tertanya-tanya apa penyebab Diaz meninggalkan JDT. Di sini, kami tak mau membahas tentang perkara itu. Di sini, kami nak membahas tentang pemain mana yang sesuai untuk menggantikan Diaz sekiranya JDT mahu mencari pemain tempatan atau pemain import yang sedia ada dalam Liga Malaysia ketika ini.
1. Akhyar Rashid
Sumber Gambar; Kedah FA
“Wonder kid” Kedah ini sememangnya menajdi tumpuan apabila beraksi cemerlang ketika temasya Piala Asia Bawah 23 Tahun di China bulan lalu. Bermain di posisi yang sama seperti Diaz, Akhyar merupakan pengganti yang ideal kerana mempunyai kepantasan dan juga gelecekan bola yang baik.
2. Andik Vermansah
Sumber Gambar: Kedah FA
Pemain sayap yang satu ini sudah sinonim dengan suasana bola sepak Malaysia. Mewakili Selangor selama empat musim, akhirnya Andik memilih untuk berhijrah dengan menyertai pasukan Kedah. Mampu untuk bermain di posisi sayap kiri dan kanan, Andik juga boleh dipertimbangkan sekiranya JDT mahukan individu yang mempunyai gaya permainan yang sama dengan Diaz.
3. Do Dong-hyun
Sumber Gambar: Semuanya Bola
Pemain yang terkenal dengan julukan “Oppa” oleh peminat Kelantan ini asalnya adalah pemain sayap ketika bermain bersama UiTM FC. Namun, di Kelantan beliau diletakkan di belakang penyerang utama. Mempunyai gelecekan dan juga larian pantas, Dong-hyun dilihat mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Diaz.
4. Mahali Jasuli
Sumber Gambar: PKNS FC
Mahali dipinjamkan ke pasukan PKNS FC oleh JDT sehingga penghujung musim ini. Musim ini, beliau kembali menemui sentuhan emas beliau di bawah bimbingan Datuk K.Rajagopal. Mampu untuk bermain di posisi pertahanan dan sayap kanan, ini mungkin membuat JDT mahu mempertimbangkan membawa masuk semula Mahali secepat mungkin.
5. Lee Andrew Tuck
Sumber Gambar: Terengganu FC
Lee Tuck ketika ini menjadi pemain yang menjadi perhatian peminat bola sepak Malaysia kerana persembahan cemerlang beliau. Mampu untuk bermain di posisi tengah dan juga sayap, Tuck boleh diberi perhatian oleh JDT untuk menggantikan Jorge Pereyra Diaz. “Work rate” Lee Tuck di atas padang memang menggumkan.
Haa itulah dia 5 pemain yang menurut kami boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Jorge Pereyra Diaz. Apa pendapat anda ? Anda ada pemain lain yang boleh dimasukkan dalam senarai di atas ? Haa mari kongsikan dengan kami.