Pemain Muda Kelantan Akan Terus Galas Cabaran?

Pasukan yang sedang dilanda pelbagai isu ketika ini, Kelantan akan berdepan pasukan Kuala Lumpur dalam perlawanan Liga Super 2018. Kami menjangkakan Fajr Ibrahim akan terus meletakkan kepercayaan beliau terhadap pemain muda Kelantan.

Setelah pelbagai isu yang melanda pasukan minggu ini, Kelantan sudah pasti mahu mengutip kemenangan malam ini bagi meredekan sedikit tekanan yang dihadapi. Terutamanya bagi Fajr Ibrahim yang menukar fikiran beliau dengan memutuskan untuk kekal menguruskan pasukan.

Dari segi pemain, beberapa pemain muda seperti Nik Akif Syahiran dan Nik Azli Alias berkemungkinan besar akan diturunkan dalam kesebelasan utama. Mohammed Ghaddar dab Cassio De Jesus akan menjadi dua pemain import dalam kesebelasan utama memandangkan Fajr tidak lagi gemar untuk menggunakan Do Dong-hyun.

Bagi pasukan Kuala Lumpur pula, mereka akan turun tanpa kelibat ketua jurulatih, Fabio Maciel dan penyerang import, Guilherme De Paula kerana mereka digantung ata kerana ‘violent behaviour’ ketika Kuala Lumpur tewas kepada pasukan Selangor pada suku akhir pertama Piala FA tempoh hari.

Fabio didakwa mencekik leher Amri Yahyah manakala De Paula pula digantung kerana kad merah yang diperoleh oleh beliau.

Dan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan De Paula, Zaquan Asda dan Paulo Josue dilihat bakal mengemudi barisan serangan pada perlawanan malam ini. Kedua-dua penyerang ini akan dibantu oleh ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin.

Walau apa pun, kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan bagi mengubati kekecewaan setelah tewas pada perlawanan terakhir Liga. Terutamanya pasukan Kelantan yang mahu keluar daripada zon penyingkiran dan menamatkan segala isu yang melanda dengan mengugip kemenangan.

Apa pendapat anda mengenai perlawanan antara pasukan Kelantan menentang pasukan Kuala Lumpur? Mampukah pemain muda Kelantan menggalas cabaran sukar pada perlawanan malam ini?

Atau pasukan Kuala Lumpur akan mengutip kemenangan malam ini dan menambahkan lagi duka pasukan Kelantan?

Baca Juga:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *