Pemain Muda Kelantan Manja, Betulkah ?
- Liga Super
- May 24, 2018
- No comment
Fajr Ibrahim dikritik hebat setelah pasukan Kelantan tewas 5-1 di tangan pasukan Kuala Lumpur pada selasa kelmarin. Peminat Kelantan mengkritik tindakan Fajr yang menggunakan 85% pemain muda dalam kesebelasan pasukan. Namun, penolong Fajr, Yusri Che Lah mempertahankan pendekatan yang digunakan Fajr. Yusri menyatakan bahawa pemain muda Kelantan ini manja.
Menurut Yusri, sikap manja pemain muda ini nyata memberi kesukaran buat pemain itu sendiri untuk menyesuaikan diri dengan pendekatan dan juga karakter seseorang jurulatih yang mahu membuat perubahan terhadap pasukan.
Tambah Yusri lagi, kaedah yang digunakan oleh Fajr adalah yang terbaik buat bola sepak maka kini. Jurulatih dari Lebanon ini menerapkan corak permainan modern football ke atas pasukan Kelantan. Berbeza dengan corak permainan sebelum ini.
Yusri juga menganggap Fajr ialah jurulatih terbaik dalam Malaysia yang beliau pernah bekerja bersama dan akan terus memberikan sokongan kepada usaha yang dilakukannya.
Jika benar, maka tiada siapa yang harus dipersalahkan diatas jatuhnya pasukan Kelantan musim ini selain daripada pemain itu sendiri. Ini nyata menyukarkan seseorang jurulatih untuk menaikkan prestasi pasukan jika pemain tidak memberikan kerjasama.
Sukar untuk melakukan perubahan dalam sesebuah pasukan jika pemain itu masih lagi berfikiran kuno dan tiada keinginan untuk berubah serta maju ke hadapan.
Memang tidak dinafikan banyak perubahan yang sudah dilakukan oleh Fajr sejak mengambil alih sebagai ketua jurulatih pasukan Kelantan. Antara perubahan yang dibuat ialah melepaskan beberapa pemain senior pasukan seperti Badhri Radzi dan Khairul Fahmi Che Mat.
Selain melepaskan pemain senior, Fajr juga menerapkan undang-undang dimana pemain dan pegawai pasukan tidak boleh menggunakan telefon bimbit ketika sesi latihan pasukan.
Walau apa pun, banyak perkara yang perlu diperbaiki oleh Fajr bagi memastikan pasukan Kelantan keluar daripada zon penyingkiran. Beliau harus memastikan pemain muda Kelantan kembali ke prestasi cemerlang mereka dan dua pemain import, Cassio De Jesus dan Alaeddine Bouslimi segera membentuk gandingan mantap di bahagian pertahanan.
Baca Juga: Barisan Muda Pasukan Kelantan Tidak Bermaya