Pemain Saya Gementar – Antoine Hey

Ketua jurulatih pasukan Myanmar, Antoine Hey mengakui anak-anak buahnya gementar apabila beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Menurut Antoine, persembahan para pemain nyata terjejas dimana sorakan padu dari segenap penjuru stadium dilontarkan oleh lebih daripada 80 ribu peminat yang hadir.

“Tahniah dan selamat berjaya buat Malaysia yang mara ke separuh akhir. Ini aksi terbaik kami dan kami juga mendapat beberapa peluang untuk mencipta jaringan menerusi serangan balas.

“Namun kami dibolosi dengan jaringan Malaysia dan selepas itu kami juga cuba bangkit terutama di separuh masa kedua.

“Kami dibarisi pemain muda dan mereka sudah melakukan yang terbaik. Tapi dengan atmosfera penyokong yang begitu ramai sedikit sebanyak mengganggu persembahan kami,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Sebelum perlawanan bermula, Antoine Hey menegaskan bahawa anak-anak buah beliau tidak akan gentar walaupun beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong yang bakal hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila pemain Myanmar dilihat gugup serta sukar untuk memberikan sepenuh perhatian mereka terhadap permainan.

Pada perlawanan semalam, Myanmar hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke peringkat separuh akhir manakala pasukan negara pula wajib meraih kemenangan bagi memastikan langkah ke peringkat seterusnya.

Para pemain negara menampilkan aksi yang bertenaga sepanjang perlawanan dimana mereka beraksi sebagai satu unik yang kukuh dan juga berbahaya.

Semua bahagian wajar untuk diberikan pujian kerana pemain yang diturunkan menampilkan aksi yang cemerlang dan tidak memberi sebarang ruang untuk pasukan lawan bergerak.

Dengan kemenangan semalam, Malaysia layak ke peringkat separuh akhir selepas muncul naib juara kumpulan di belakang pasukan Vietnam yang menumpaskan Kemboja dalam aksi terakhir yang diadakan serentak.

Hari ini pasukan negara bakal mengetahui siapa lawan mereka di peringkat separuh akhir kelak sama ada bakal berdepan pasukan Thailand, Singapura ataupun Filipina dimana perlawanan kumpulan B akan berlangsung.

Baca Juga: Harimau Malaya Atasi Myanmar Dengan Bergaya

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *