Pemenang Puskas Kini Berstatus Ejen Bebas
- Lain-lain
- Feb 20, 2019
- No comment
Tahun 2017 lalu tepatnya pada bulan Januari peminat bola sepak tanah air meraikan kejayaan anak tempatan yang memenangi antara anugerah paling berprestij dalam sukan bola sepak iaitu Anugerah Puskas.
Sepakan melencong yang melanggar hukum fizik ketika perlawanan diantara pasukan Pahang menentang Pulau Pinang dalam saingan Liga Super 2016 berjaya menambat hati peminat dan juri dan gol tersebut dinobat sebagai gol terbaik bagi tahun 2016.
Sumber Video: FIFA
Anugerah yang dimenangi oleh seorang pemain kelahiran negeri Kedah bernama Mohammad Faiz Subri meletakkan beliau sebaris dengan pemain handalan dunia seperti pemain termahal dunia, Neymar, James Rodriguez, Zlatan Ibrahimovic serta pemain terbaik dunia ketika ini, Cristiano Ronaldo.
Namun, seperti kebanayakan perkara di atas muka bumi ini, yang indah tak selalunya berkekalan. Menurut laporan NST, Faiz yang beraksi dalam saingan Liga Perdana bersama pasukan Pulau Pinang musim lalu kini berstatus ejen bebas dan tidak beraksi bersama mana-mana pasukan bagi saingan musim 2019.
Faiz mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman di Jitra, Kedah dan memulakan untuk memulakan perniagaan. Faiz turut menjadi duta salah sebuah produk iaitu Aspada Perfume.
Menurut seorang rakan Faiz yang enggan namanya didedahkan, pihak pengurusan Pulau Pinang ada memanggil Faiz untuk menyertai sesi pemilihan bagi mewakili pasukan musim ini. Namun, Faiz menolak tawaran tersebut.
Selain menolak tawaran daripada Pulau Pinang, Faiz dikatakan turut menolak tawaran daripada pasukan lain kerana beliau terpaksa membawa keluarga beliau yang kini dikurniakan dengan tiga cahaya mata yang masih kecil. Faiz berpendapat perkara ini mungkin memberi ketidakselesaan kepada keluarganya.
Pemenas Anugerah Puskas 2016 ini sedang membentuk satu kerjasama bersama rakan beliau untuk memulakan perniagaan selain menjadi duta produk wangian.
Walaubagaimanapun, menurut kenalan Faiz, pemain berusia 31 tahun ini masih lagi mempunyai keinginan untuk bermain bola sepak. Faiz sedar beliau masih lagi mampu untuk menyumbang sesuatu dalam jangka masa dua atau tiga tahun lagi.
Faiz berharap untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Malaysia apabila jendela perpindahan Liga Malaysia kedua dibuka pada Mei nanti.
Baca Juga: #10YearsChallenge – Bolasepak Malaysia Dan Senarionya