Peminat Berang Jadual Liga Belum Dimuktamadkan
- Liga Perdana, Liga Super
- Jan 11, 2019
- No comment
Liga Malaysia akan membuka tirainya pada 1 Februrari ini. Namun, nada negatif sudah mula kedengaran apabila peminat bola sepak tanah air nyata kecewa dengan pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kerana sehingga kini, mereka masih belum mengeluarkan jadual liga bagi saingan Liga Super dan Liga Perdana musim 2019.
Para peminat mengutarakan kekecewaan mereka di laman media sosial seperti Twitter dimana mereka mempersoalkan MFL sebagai sebuah badan yang mengelola Liga tentang kecekapan, tanggungjawab dan juga tahap profesionalisma mereka mengenai jadual perlawanan.
Kes, kes punya hal la. Jadual, jadual punya hal la. Takkan nak tunggu kes settle, baru announce jadual?
— Redza. (@leredza) January 11, 2019
ASSALAMUALAIKUM @MFL_MY
JADUAL LIGA MANAAAAAAAA
— Corporate Slave (@_ahmadboii) January 11, 2019
Korang tengok liga apa entah ni. Jadual liga tak keluar2. Team divisyen tiga ‘tunjuk minat’ je terus naik divisyen dua. Player pindah tapi kelab lama tak dapat bayaran. Liga kelakar apa korang tengok ni? Boleh tahan lagi eh dengan lawak-lawak macam ni?
— TwtBola/Afiq 🇲🇾 (@twt_bola) January 11, 2019
Tahun Baru Azam Baru. Tapi nampak macam tak berubah pulak bolasepak dekat Malaysia ni.
Jadual Mana Jadual? 😋 https://t.co/741JVckx5N#TIFOXtra
— Tifo Arena (@TifoArena) January 10, 2019
Dengan berbaki tiga minggu sahaja lagi sebelum tirai Liga Malaysia dibuka, para peminat mahu membuat perancangan awal bagi membolehkan mereka bertandang ke tempat lawan untuk menyaksikan pasukan kegemaran mereka beraksi.
Peminat mahu mengambil cuti serta membeli tiket pengangkutan seperti bas ataupun kapal terbang. Untuk itu, mereka perlu jadual liga dimuktamadkan secepat yang mungkin bagi memudahkan mereka membuat perancangan. Perancangan pada minit-minit akhir adalah perkara yang mahu peminat elakkan.
Apa yang pasti, MFL harus bertindak cepat dengan mengeluarkan jadual rasmi bagi memudahkan perancangan para penyokong. Meskipun kini mereka sedang berdepan dengan kes perpindahan Akhyar Rashid, namun sebagai badan profesional mereka perlu bekerja dengan lebih pantas agar saingan liga boleh berjalan dengan teratur.
Baca Juga: Pasukan Bebas Untuk Letakkan Harga – PFAM