Peminat Melaka United Berang Soal Jersi “Home” Pasukan
- Liga Super
- Jan 30, 2019
- No comment
Dua hari sahaja lagi untuk kita disajikan dengan saingan paling berprestij dalam saingan peringkat bola sepak rantau Asia Tenggara iaitu Liga Malaysia. Namun, khabar kurang enak didengari daripada peminat Melaka United.
Kenapa peminat Melaka United berasa tidak berpuas hati ? Jawapannya ialah pertukaran warna jersi “home” yang dilakukan oleh pengurusan pasukan daripada warna hijau yang sudah sinonim dengan pasukan kepada warna putih.
Umum diketahui bahawa bagi saingan Liga Malaysia musim ini, Melaka akan menggunakan jersi berwarna Putih dengan jalur Hijau sebagai jersi tuan rumah atau ‘Home Jersey’ manakala jersi Hijau sebagai jersi kedua atau “Away” dan jersi Kuning sebagai jersi ketiga atau “Alternate”.
Pertukaran ini nyata menimbulkan amarah dikalangan penyokong setia Melaka. Kumpulan penyokong setia pasukan, Ultras Taming Sari mengutarakan kekecewaan mereka di media sosial. Kumpulan ini nyata tidak berpuas hati kerana warna hijau merupakan identiti sebenar pasukan Melaka.
MELAKA HARUS KEKAL HIJAU.
RUMAH KITA HARUS KEKAL HIJAU BUKAN PUTIH!
— Ultras Taming Sari (@UltraTamingSari) January 26, 2019
Memperkenalkan jersi home melaka united.
Identiti baru. Butoh! pic.twitter.com/IEQ0mrp9bq
— Ultras Taming Sari (@UltraTamingSari) January 26, 2019
Nada yang sama turut disuarakan oleh peminat Melaka United iaitu saudara @HermyRahim. Menurut Hermy, jersi pasukan serta prestasi sememangnya dua perkara yang amat penting. Namun, warna jersi “home” perlu mengikut warna yang sudah sinonim dengan pasukan kerana ianya melambangkan identiti.
Semalam lama aku fikir, kecewa betul aku 2019 Melaka punya penyokong kena bergaduh lagi hal warna jersi.
Kalau tanya aku warna jersi dengan prestasi, dua dua penting. Prestasi adalah mengatasi segalanya, tapi bila sebut pasal identiti then dua dua itu jadi penting.
— HermyR (@HermyRahim) January 28, 2019
Aku akan tetap melawan untuk warna hijau dekat jebat sebab bagi aku itu identiti. Cuma MUSA tak sepatutnya buat benda macam ni ikut suka dia, sebagai management dekat zaman 2019 sepatutnya kau lebih berakal dan tahu bahawa suara penyokong ni lebih penting.
— HermyR (@HermyRahim) January 28, 2019
Di sini penulis berpendapat pengurusan pasukan Melaka perlu mendengar pandangan serta kritikan yang dilemparkan oleh peminat. Tanpa mereka, pasukan tidak boleh bergerak jauh dan pemain sendiri akan kehilangan motivasi untuk bermain.
Mungkin anda mempunyai tanggapan bahawa anda mempunyai kuasa untuk membuat segala keputusan serta sumber kewangan pasukan turut dikawal oleh anda. Akan tetapi, dua perkara ini tidak boleh dijadikan sebab untuk anda membuat keputusan sendiri tanpa mengambil kira pandangan peminat.
Skurang-kurangnya libatkan peminat. Barulah mereka berasa dihargai dan mereka mahu datang ke stadium untuk memberikan sokongan.
Baca Juga: Apa Sudah Jadi Dengan Skuad Ibu Kota