“Pemindahan Skill, Bukan Tak Nak Turunkan”

Ketika perlawanan Johor Darul Ta’zim menentang Kedah dalam perlawanan Piala Sumbangsih minggu lalu, bermacam perkara yang dibangkitkan oleh penyokong. Antara isu yang dibangkitkan adalah dimana keempat-empat pemain bawah 23 tahun iaitu Safawi Rasid, Adam Nor Azlin, Syafiq Ahmad dan Haziq Nadzli. Mengapa mereka tidak diturunkan ? Seorang penulis, Ibnu Rezza Al-Jawari telah memberi sebab kenapa empat pemain bawah 23 tahun yang disebutkan tidak diturunkan. Ia ada berkaitan dengan “skill”.

Ibnu Rezza menjelaskan bahawa sebab mereka tidak diturunkan ialah pasukan JDT mahukan keempat-empat pemain ini untuk belajar daripada pemain senior yang diturunkan ketika perlawanan tersebut. Sebagai contoh. Syafiq Ahmad tidak diturunkan adalah kerana JDT mahu Syafiq untuk belajar daripada Luciano Figueroa. Perkara ini menurut beliau lebih dikenali sebagai “pemindahan skill”. Perkara ni bukan saja ditujukan kepada Syafiq Ahmad, malah penyerang tempatan yang lain seperti Hazwan Bakri, Daren Lok dan Hadi Fayyadh.

Menurut beliau lagi, perkara ini sudah lama dipraktikan di luar negara. Tetapi mengapa Malaysia tidak mempraktikan perkara yang sama sebelum ini ? Ini kerana komuniti bola sepak di Malasyia tak suka buat perkara yang susah seperti memerhati dan menganalisis. Mereka tiada kesabaran dan lebih suka jalan pintas. Satu lagi contoh yang disebutkan oleh Rezza ialah Fazly Mazlan. Mengapa pertahanan kiri terbaik yang Malaysia ada ketika ini diturunkan ke JDT II ? Ini kerana Fazly masih lagi mempunya kelemahan yang perlu diperbaiki.

Saudara Rezza mengambil contoh ketika perlawanan JDT menentang Gamba Osaka tahun lalu. Kelemahan Fazly mudah didedahkan oleh pemain-pemain Gamba Osaka. Kerana itulah JDT memutuskan untuk membawa masuk La’Vere Corbin-Ong untuk Fazly belajar daripada beliau.

Untuk kenyataan lebih lanjut, sila baca di sini

Itulah sedikit kupasan daripada kenyataan yang dikeluarkan Saudara Ibnu Rezza Al-Jawari. Daripada kenyataan yang dikeluarkan ini, kami mempunyai persoalan. Adakah “pemerhatian” yang harus dilalui oleh empat pemain bawah 23 tahun ini akan berterusan sehingga hujung musim ? Dan satu lagi pertanyaan adalah perlukah pemain import tersebut hanya menunjukkan “skill” mereka ketika ketika perlawanan sebenar dan bukannya ketika waktu latihan ? Kalau begitu, apa tujuan membawa masuk mereka ? Pada pandangan kami sepatutnya ketika sesi latihan mereka belajar benda baru dan “implement” benda yang dah belajar tu waktu perlawanan sebenar.

Tetapi itu hanya persoalan yang berlegar di fikiran kami. Di sini kami juga mengucapkan syabas kepada pasukan JDT kerana mereka berfikiran lebih jauh berbanding pasukan lain dalam Liga Malaysia. Kami melihat kaedah “pemindahan skill” ini adalah satu inisiatif yang baru dalam Liga kita.

Baca Juga: Review Piala Sumbangsih: JDT Dominan, Kedah Negatif!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *