Penampilan Pertama Shahrel Fikri Fauzi

Penyerang pasukan kebangsaan, Shahrel Fikri Fauzi berjaya membuat penammpilan pertama bersama pasukan Nakhon Ratchasima FC apabila beliau diturunkan dalam kesebelasan utama ketika Nakhon menentang pasukan Shukothai FC semalam.

Bekas penyerang PKNP FC ini tidak mengambil masa yang lama untuk mencipta impak apabila beliau berjaya memperoleh peluang pada minit kedua perlawanan namun percubaan Shahrel tidak menepati sasaran.

Sedang rancak Nakhon membuat asakan, Shukothai dianugerahkan sepakan penalti selepas Shahrel Fikri menjatuhkan pemain lawan. Nelson Bonilla tenang menyempurnakan sepakan tersebut dan meletakkan Shukothai dihadapan.

Pada minit ke-42, Nakhon akhirnya berjaya mendapatkan gol penyamaan setelah sepakan Lee won Jae-won berjaya mengelirukan penjaga gol lawan. Kedudukan 1-1 kekal sehingga masa permainan tamat di kedua-dua pasukan berjaya membawa pulang satu mata.

Satu perkembangan yang baik daripada Shahrel Fikri. Penampilan pertama beliau bersama Nakhon boleh dikatakan baik kerana beliau berjaya menghadirkan ancaman kepada benteng pertahanan lawan. Jika Shahrel terus bekerja keras ketika sesi latihan, tidak mustahil beliau akan terus menjadi pilihan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.

Tambahan pula, penyerang sedia ada Nakhon tidak berfungsi dengan baik. Jadi, Shahrel mempunyai peluang yang cerah untuk terus menerajui bahagian serangan Nakhon.

Pada perlawanan semalam, seorang lagi pemain Malaysia, Curran Ferns tidak diturunkan dalam kesebelasan utama Shukothai. Setelah menjadi pilihan utama pada perlawanan sebelum ini, ketua jurulatih Shukothai membuat sedikit perubahan di bahagin pertahanan dan menyimpan Ferns.

Walau apa pun, tahniah diucappkan kepada Shahrel kerana berjaya membuat penampilan pertama bersama Nakhon Ratchasima FC. Semoga perlawanan semalam menjadi titik permulaan yang baik bagi karier Shahrel Fikri dalam saingan Thai League.

Apa pendapat anda mengenai penampilan pertama Shahrel Fikri Fauzi bersama pasukan Nakhon Ratchasima pada perlawanan menentang Shukothai FC dalam saingan Thai League 1 semalam ? Mampukah pemain berusia 24 tahun ini mengekalkan tempat beliau dalam kesebelan utama Nakhon Ratchasima FC pada perlawanan akan datang ?

Baca Juga: Hanya Curran Ferns Dan Shahrel Fikri Saja Yang Berani ?

Leave a comment

Your email address will not be published.