Penyokong JDT Dikepung ? Apa Cerita ?
- Piala FA
- Apr 7, 2018
- No comment
Jika kita melihat kepada pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang pasukan Pahang, perlawanan antara kedua-dua pasukan sememangnya diwarnai dengan aksi-aksi menarik. Dari segi pemainnya, dari segi corak permainannya dan sudah tentu dari betapa fanatiknya penyokong kedua-dua pasukan. Bercakap tentang penyokong, dikhabarkan penyokong JDT dikepung oleh penyokong Pahang pada perlawanan semalam. Apa cerita ni ?
Sebuah akaun Twitter, Gosip Liga Malaysia melaporkan bahawa penyokong Pahang bertindak mengepung penyokong JDT sehingga polis tidak membenarkan penyokong JDT untuk keluar daripada stadium.
Selain mengepung penyokong pasukan lawan, penyokong Pahang khabarnya melontarkan “chant” berbaur provokasi kepada penyokong JDT.
Ini bukanlah kejadian pertama yang melibatkan penyokong kedua-dua pasukan. Pada 2014, penyokong Pahang dan JDt terlibat dalam kekecohan akibat daripada provokasi dan juga balingan objek seperti botol minuman oleh penyokong kedua-dua pasukan.
Pada 2016, penyokong JDT sekali lagi terlibat dengan kekecohan ketika perlawanan menentang pasukan Perak. Kekecohan ini menyebabkan seorang wartawan dipukul dan beliau juga kehilangan kamera.
Insiden seperti ini nyata memberi kesan negatif terhadap suasana bola sepak Malaysia yang sedang meriah ketika ini. Kadang-kala penulis tertanya-tanya kepada penyokong yang suka membuat onar ini. Kamu datang stadium nak tengok bola atau nak bergaduh ?
Insiden semalam juga merugikan peminat lain yang datang ke stadium dan mahu menikmati corak permainan antara kedua-dua pasukan. Apatah lagi ada kanak-kanak yang hadir dalam perlawanan semalam. Secara tidak langsung tindakan segelintir penyokong ini telah memberikan contoh negatif terhadap kanak-kanak yang hadir semalam.
Belum lagi tindakan memalukan anda ini boleh mengancam keselamatan penyokong lain yang hadir ke stadium semalam. Jika perkara ini berterusan, entah bila agaknya bola sepak Malaysia ni maju kehadapan.
Penulis berharap tiada lagi insiden seperti penyokong dikepung terjadi lagi pada masa akan datang. Sudah-sudahlah tu. Hentikan segala perbuatan memalukan seperti ini agar penyokong lain dapat menikmati bola sepak dengan tenang. Ini untuk kemajuan bola sepak kita juga.
Baca Juga: Sama Kuat, Sama Hebat