Penyokong Sudah Muak Dengan Ronaldo ?
- Luar Negara
- Jan 19, 2018
- No comment
Nampaknya polemik antara Cristiano Ronaldo dan peminat Real Madrid semakin buruk apabila sebilangan penyokong Real Madrid mahu Cristiano Ronaldo keluar daripada kelab. Baru-baru ini Ronaldo mahu kelab beliau, Real Madrid menggandakan gaji beliau kepada 50 Juta Euro setahun. Hal ini nyata tidak dipersetujui oleh sebilangan besar penyokong dan mereka sudah muak dengan perangani pemenang 5 kali anugerah Ballon D’Or ini.
Prestasi Ronaldo pada musim ini boleh dikatakan hambar. Kapten Portugal ini hanya menjaringkan 4 gol setakat ini dalam saingan La Liga. Bilangan gol beliau nyata jauh sekali dengan pesaing ketat beliau iaitu Lionel Messi yang setakat ini menjaringkan 17 gol. Malah, penyerang Valencia, Simone Zaza, yang terkenal dengan penalti mengarut beliau ketika temasya UEFA EURO 2016 menjaringkan lebih banyak gol daripada beliau! Apa sudah jadi!
Jika Ronaldo meninggalkan pasukan Real Madrid, kami berpendapat hanya ada satu kelab yang pasti dituju oleh Cristiano iaitu bekas pasukan yang telah menjulang nama beliau. Pasukan tersebut adalah Manchester United. Tambahan pula, United sekarang dbimbing oleh Jose Mourinho. Papa Mou pernah bekerjasama dengan Cristiano ketika mengendalikan Real Madrid selama 4 musim.
Selain Ronaldo, terdapat satu lagi pemain yang menaikkan tekanan darah penyokong Real Madrid ketika ini. Pemain tersbeut adalah Karim Benzema. Benzema menyertai revolusi besar-besaran Real Madrid pada 2009 lalu. Daripada revolusi tersebut, hanya beliau dan Cristiano yang masih lagi mewakili kelab. Penyokong juga mahu Benzema disingkirkan bagi memberi laluan kepada era baru Galaticos.
Era baru Galaticos yang dimahukan penyokong adalah Eden Hazard, Robert Lewandowski dan pemain termahal dunia ketika ini, Neymar. Real Madrid sudah lama mengincar Hazard dan Lewandowski. Namun, usaha mereka untuk membawa masuk kedua-dua pemain ini selalu menemui jalan buntu.
Menurut kami, Cristiano Ronaldo wajar dikekalkan sehingga hujung musim ini. Dalam perpindahan Januari ini, dilihat agak mustahil bagi Real Madrid membawa masuk pengganti. Hazard dilihat mahu menyambung kontrak bersama Chelsea manakala Neymar pula baru saja menyertai PSG dengan amaun yang besar.
Apa pendapat anda ? Adakah Cristiano Ronaldo wajar dikekalkan sehingga hujung musim ini ?
Baca Juga: Saya Tidak Gembira