Perjuangan Akhir Liga Super

Hari ini merupakan perlawanan terakhir bagi saingan Liga Super 2017. Setelah mahkota juara Liga sudah menjadi milik Johor Darul Ta’zim, maka tumpuan peminat terarah kepada perjuangan tiga pasukan untuk kekal dalam Liga Super musim hadapan. Nasib pasukan T-Team, Sarawak dan Kelantan akan diketahui pada malam ini sama ada mereka akan mengikuti jejak Pulau Pinang dengan tersingkir ke Liga Perdana musim hadapan.

T-Team akan berkunjung ke Stadium Negeri bagi menentang Sarawak. T-Team hanya memerlukan satu mata sahaja bagi mengekalkan status Liga Super mereka. Bagi Sarawak pula, mereka perlu menang bagi mengesahkan satu lagi musim di saingan Liga Super musim hadapan.

Bagi Kelantan pula, mereka akan menentang pasukan Melaka United di Stadium Hang Jebat. Tiada pilihan lain bagi Kelantan. Mereka wajib menang dan mengharapkan pasukan T-Team atau Sarawak keciciran mata. Jika tewas, maka juara treble pada musim 2012 ini akan menyertai Pulau Pinang tersingkir ke Liga Perdana.

Selain perjuangan tiga pasukan di atas, perlawanan lain ialah Selangor akan menentang Pulau Pinang, Johor Darul Ta’zim akan bertandang ke Stadium Darul Aman bagi menentang Kedah. Pahang akan menentang Perak manakala Felda United akan melayan kunjungan PKNS FC.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *