Perkara yang Perlu Shahrel Fikri Lakukan Agar Tidak Lagi Kesunyian

Seperti yang kita tahu baru-baru ini salah seorang penyerang terbaik dari pasukan PKNP FC iaitu Shahrel Fikri yang kini bermain di Liga Thailand bersama pasukan Nakhon Ratchasima FC telah pun meluahkan perasaan hatinya melalui akaun Twitter beliau dan telah pun kami sediakan artikel sebelum ini di sini.

Namun tak lupa juga ada netizen yang menyemangati beliau agar terus fokus untuk menjadi yang terbaik di peringkat yang lebih tinggi.

Setelah bermacam-macam komen-komen postif yang diberikan kepada Shahrel Fikri, ini pula luahan keduanya:

Di sini, kami nak cadangkan kepada Shahrel Fikri beberapa perkara atau aktiviti yang perlu beliau lakukan agar “harimau” ini tidak kesunyian dalam membina kariernya di luar negara.

1. Menjelajah Pulau 

Sumber Gambar: Krabi

Seperti yang kita semua tahu, negara Thailand mempunyai pulau-pulau yang menambat hati para pelancong asing terutamanya dari negara Eropah. Sharel boleh lah menjelajah pulau-pulau menarik di Thailand untuk menghilangkan rasa kesunyiannya JIKA ada masa lapang yang panjang kerana Nakhon Ratchasima terletak jauh dengan pulau-pulau di Thailand.

2. Membeli Belah di Pasar Malam

Sumber Gambar: melancong

Seperti mana ramai nya orang di pasar malam di Malaysia, begitu juga dengan pasar malam di Thailand, malah Shahrel boleh jumpa makanan-makanan yang pelik-pelik di sana seperti dalam gambar di bawah.

Sumber Gambar: kembara-musafirku

Terliur tak? Macam goreng pisang panas kan. Selain dari makanan, Shahrel juga boleh lihat seni kraftangan dan barangan menarik ketika di pasar malam yang tidak dijual di Malaysia.  Selalunya pasar malam dekat Thailand nie buka pada hujung minggu setiap hari Sabtu dan Ahad boleh lah mengisi masa terluang Shahrel ketika di sana.

3. Jalan-Jalan di Mall

Sumber Gambar: youtube

Macam dekat Malaysia jugak, bila bosan mesti kita keluar jalan-jalan kan? terdapat banyak pusat membeli belah di Thailand untuk Shahrel jalan-jalan di dalamnya  ataupun tengok wayang bagi hilangkan rasa bosannya.

4. Jalan-jalan Naik ‘Tuk-Tuk’

Sumber Gambar: Expique

Seperti kebanyakan negara asia yang lain, Thailand juga turut memiliki ‘tuk-tuk’ yang membawa  kita mengelilingi kawasan bandaraya. Kadang-kadang badan juga perlu direhatkan dan biarkan mata sahaja menikmati pemandangan kawasan yang dilawati. Shahrel kena try nie setelah habis perlawanan, jarang ada ‘tuk tuk’ nie dekat Malaysia.

5. Pergi Massage!

Sumber Gambar: bangkokspathaimassage

Ini wajib! bagi seorang pemain bolasepak kena lah jaga fitness nya. Lepas berlatih dan mengharungi beberapa perlawanan, tentulah badan akan terasa sakit-sakit sendi. Apa lagi, cubalah urutan tradisional Thailand yang terkenal dengan kelembutan serta kaedah urutannya yang membuat badan kita kembali segar. Banyak je kedai atau spa di Thailand, Shahrel tinggal pilih je. Tapi perlu diingat! Jangan selalu sangat pergi urut nie, bukan apa nanti jadi ketagih lah pulak! dek kelembutan urutan tradisionalnya. Hehe. Pastikan jangan tersalah pilih, sebab kat sana nampak macam…tapi sebenarnya….. Huhuhu.

Itulah serba sedikit perkara yang Shahrel Fikri boleh lakukan di Thailand agar tidak merasa kesunyian menurut kami. Perlu juga Shahrel untuk bergaul dengan masyarakat serta pemain-pemain bolasepak di sana menceritakan pengalaman serta berkongsi ilmu dalam bolasepak untuk menghasilkan “taring harimau” kita ini tajam. Kami doakan yang terbaik buat Shahrel di sana! Nak berjaya kenalah ada pengorbanan. Tunjukkan prestasi mu di kancah luar negara wahai penyerang negara!

Baca Juga: Coach Burn Rela Shahrel Fikri Terus Bersama Nakhon

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *